Showing posts with label India. Show all posts
Showing posts with label India. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

Agra Delhi - Day 6



Sesi beshopping mesti ada. Tapi bukan agenda utama ke sini :)


Lihat warna saree mereka. Colourful.


saudagar pisang


Saya letakkan gambarnya diblog ini untuk mengingatkan saya pada waktu sukar. Dia mengayuh basikal setiap hari dari fatehpur sikri utuk sampai ke agra sejauh 40km - sehala. Tak silap saya katanya mengambil masa dua jam sehala. Itu hanya mengayuh basikal. Belum lagi berdiri sepanjang hari menjaga pintu. Aduh.. 

Selepas lunch kami bergerak dari Agra ke airport Delhi. Pulang ke KL, flight malam. Saya ketawa besar melihat teman saya tidur bersama cermin mata hitamnya. Tapi sebab itu buat dia happy - saya ok. 

Sekian :)

India Agra Fort - Day 5

Setelah selesai lunch, kami meneruskan perjalanan ke Agra Fort. Ia tersangat besar dan telah menjadi antara bangunan yang paling bersejarah di India. Manakan tidak, antara mughal yang tinggal dan mentadbir disini ialah Hamayun --> anaknya Akbar --> anaknya Jehangir --> anaknya Shah Jahan dan anaknya Aurangzeb. Kami hanya melihat kurang 30%. Selainnya masih menjadi tempat tinggal tentera. Katanya dibina sejak tahun 1156.





Setiap pemerintah membuat pengubahsuaian mengikut citarasa masing-masing. Akbar gemar pada batu merah bata, Jehangir gemar pada corak permaidani Parsi dan Shah Jahan pada marmar putihnya. Mereka sangat mewah sehingga meletakkan emas pada ukiran dinding. Dahsyat eh.

Di sinilah Shah Jahan (15 tahun) pertama kalinya bertemu Mumtaj, anak seorang menteri kabinet. Pertama kali terlihat Mumtaj, Shah Jahan terus jatuh cinta dan mahu memperisterikannya. Mumtaj ketika itu berusia 14 tahun. Hubungan mendapat tentangan kerana darjat dan pengaruh politik, akhirnya berkahwin juga selepas lima tahun (setelah Shah Jahan berkahwin dua kali). Cinta dan hati Shah Jahan tetap pada Mumtaj. Usia perkahwinan mereka 19 tahun.

Kami dapat melihat Taj Mahal dan Yamuna river dari Agra Fort



Yang menyedihkan adalah apabila mengetahui bagaimana Shah Jahan menghabisi hari-hari terakhirnya.  Beliau telah dikurung penjara oleh anaknya sendiri (Aurangzeb) selama lapan tahun dan pada usia 74 tahun akhirnaya beliau meninggal dunia. Semua ini adalah kerana perebutan kuasa.


Inilah tempat dimana Shah Jahan di penjarakan. Hanya mampu melihat dari jauh makam indah buat isteri tercintanya. Selama 22 tahun masa dan tenaga dicurahkan untuk membina Taj Mahal, tetapi inilah akhirnya. Kesian kan.

Saturday, May 21, 2011

India Agra - Day 5



pintu gerbang ke Taj Mahal


dari jauh






Highlight for the whole trip adalah ke Taj Mahal. Bagus juga, sebab yang terindah adalah pada hari yang terakhir. Sampai juga kaki saya ke sini.  Saya sangat teruja dan tidak sabar mendengar kisahnya.

Bayaran masuk 750 rupee. Pengunjung tidak dibenarkan merokok dan memakai kasut ketika berada di sini. Kenderaan menggunakan bahan api juga tidak dibenarkan masuk. Ini semua utk menjaga batu-batu dan marble putih Taj Mahal agar warnanya tidak rosak atau luntur. Security juga agak ketat. Mancis, rokok, makanan etc tidak dibenarkan. Kami juga di larang mengambil gambar di dalam Taj Mahal.

Oleh kerana dibina atas dasar cinta dan kasih sayang, tempat ini juga dipanggil monumen of love. Makam ini di bina oleh Shah Jahan (cucu kepada Akbar) untuk memenuhi permintaan terakhir isterinya Mumtaz Mahal yang meninggal dunia ketika melahirkan anaknya yang ke 14. Yang saya tidak tahu ialah, rupa-rupanya isterinya, Mumtaz ini sentiasa berada di sisi Shah Jahan. Bukan sahaja di Istana tetapi juga di medan perang selama berbelas-belas tahun. Melahirkan anak juga di medan perang. Oleh itu saya merasakan dia deserve makam yang seindah ini.

Taj mahal ini jika dilihat dari arah mana pun akan nampak sama kerana simetri nya sempurna. Bahan binaan dari marmar putih dan 28 jenis batu yang tersangat berharga drp seluruh dunia. Makam Mumtaz yang sebenarnya jauh dibawah tanah bersama suaminya. Yang ditunjukkan adalah replikanya sahaja. Di kiri dan kanan Taj Mahal adalah bangunan yg serupa bentuk dan ukurannya, Satu dibiarkan kosong dan satu lagi adalah Masjid.



Ada khabar yg mengatakan Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung ke atas arkiteknya Ustaz Ahmad dan memotong tangan kesemua penukang yang membina Taj Mahal supaya tiada bangunan yang menandingi Taj Mahal. Namun kata tour guide kami itu semua tidak betul kerana Taj Mahal itu simbol cinta mana mungkin Shah Jahan sekejam itu.



Saya sangat terkagum dengan seni buatannya. Kisahnya juga membuatkan saya terdiam sebentar - bukan apa, perlu digest informasi. Rasanya Shah Jahan terlalu obsess. Taj mahal adalah simbol obsesinya kepada Mumtaj. Memang patut pun hingga kini merupakan salah satu dari seven wonders of the world.

Tuesday, May 17, 2011

India Fatehpur Sikri --> Agra - Day 4

Pagi itu meneruskan perjalanan sejauh 250km, lebih kurang lima jam untuk ke destinasi seterusnya, Agra.  


Singgah sebentar di Fatehpur Sikri (tinggal 40km lagi utk ke Agra). Di kenali juga sebagai City of Victory dan dibina oleh pemerintah terhebat dalam empayar Mughal - Maharaja Akbar (the Great) pada awal 1570. Maharaja Akhbar terkenal dengan kejayaannya meperluaskan empayar dan juga  kebijaksanaanya sebagai administrator. Pada awalnya pusat pemerintahan berada di Agra (Agra Fort) dan setelah beberapa tahun kemudiannya berpindah disini.






Menurut cerita dari tour guide, Maharaja Akbar mempunyai tiga isteri berlainan agama - Hindu, Kristian dan Muslim yang pada dasarnya adalah utk meyatupadukan lagi rakyat jelata. Didalam Fatehpur Sikri ini, terdapat makam Salim Chisti, seorang ahli sufi yang sangat disanjung tinggi oleh Akbar. Sebagai mengenang jasa beliau yang berjaya meramalkan kelahiran anak lelaki sulungnya - Jehangir dari isteri hindunya, Akbar membina Jama Masjid.

Tour guide menyarankan kami ke makam ahli sufi. Saya sangat keberatan sebenarnya. Apa tidaknya, kami disarankan membeli kain berwarna utk diletakkan atas makamnya dan kemudian diberikan tiga helai tali kuning untuk diikat disekitar makam tersebut sambil berdoa memohon perkara yang diingini. Macam tak betul je ni. 


Sedih melihat keadaan di Fatehpur Sikri ini kerana kotor dan banyak pengemis. Ada masjid tetapi tidak terjaga. Walaubagaimanapun, saya ada menonton satu filem hindi lama berjudul Jodhaa Akbar, lakonan si cantik jelita Aishwarya Rai beberapa hari setelah sampai.Filem ini berkisarkan kehidupan Maharaja Akbar dan Isteri hindunya di Fatehpur Sikri. Tempat ini dihidupkan semula. Sangat cantik. So saya boleh imagine betapa gah nya istana Akbar ini satu ketika dahulu.

Oleh kerana selalu mengalami masaalah air,  tempat ini ditinggalkan. Akbar kembali ke Agra.

Monday, May 16, 2011

India Jaipur - Day 3

Menerus kan kisah India walaupun dah hangat hangat sejuk :) Seperti selalu mesti ada sesi massage. Kali ini kerana semangat ingin tahu, saya cuba Ayurveda. Tempat massage macam klinik tahun lapan puluhan. Betul. Tuan punya adalah seorang doktor (entah ya atau tidak). Kalau buat di KL min price adalah RM 300 to RM 400. Gila mahal. 

 Claculator utk kira.. jgn tak kira

Dari brochure nya tersangat banyak lah kebaikan Ayurveda ni. Ingredient utamanya adalah minyak herba. Yang paling saya ingat ialah ia membolehkan saya tidur nyenyak. So setelah satu jam massage, minyak herba di letakkan di kawasan dahi. Senang cerita serupa mcm gambar di bawah.


Saya sangat tidak selesa. Terasa sengsara menunggu minyak herba dalam manguk tu habis. Lama betul. Rimas di buatnya. Lebih 20 minit kot. Tak sabar mahu bangun dan pulang. Setelah selesai semua, kami terus ke hotel. Surprisingly the rest of the girl fall asleep as soon as the oil runs through their forehead. Aiseh. Mcm kena pukau.. hahaha. 

That night, during dinner we laughed out loud. Ada je cerita kelakar yang dikongsikan. Kami ketawa mcm sampai tak boleh berhenti. Bila difikir semula sekarang, tak ada lah kelakar sangat pun. Entah lah penangan Ayurveda kot.

Friday, April 29, 2011

India - Jaipur Day 3


Our driver was super cool. He told us that driving in India only need 3 things - Good Horn, Good Break and Good Luck - otherwise Good Bye :). Delhi to Jaipur took more than five hours. Macam nak pengsan juga duduk dlm kereta. Kat sini, anda dipersilakan utk bunyikan horn. Kat belakang lori mesti ada tulisan - blow horn. At times, saya tutup mata sahaja bila keadaaan mcm nak accident. Percaya atau tidak, pendapatan sebulan driver kami hanya 3,500 rupee. Alamak... sikitnya. No allowance for travelling and no place to stay. Saya tidak mahu tahu dimana dia tidur. Terasa kasihan. Bersama kami selama enam hari. 



Tiada apa yang sangat menarik sepanjang perjalanan. Kami melalui kawasan gurun. Cuaca panas, kering dan berhabuk. Dari jauh saya dapat melihat keretapi. Dlm hati terasa nak experience naik keratapi... tak jaiho la tak naik kan.


Sampai di hotel, kami di sambut oleh doorman yang mempunyai misai yang tersangat panjang. Misai disusun kemas dipipi. Masuk paper tu. 


Esok paginya, kami mulakan city tour. Jaipur dikenali sebagai pink city. Bangunannya berwarna pink. Tapi sebenarnya tak lah pink. Tapi merah bata.




Di atas ini pula Palace of Wind or Hawa Mahal di bina pada 1799. Ini hanyalah hadapannya sahaja dan bukanlah bangunan sebenar. Ia seumpama tabir. Tujuannya adalah supaya wanita yang berpurdah boleh melihat aktiviti dan suasana jalanan melaluinya. 








Kemudian kami ke amber fort. Ia sebuah istana yang dibina oleh Raja Man Singh 1 pada 1592. Banyak kedai-kedai jualan diluar. Meriah. Untuk masuk ke amber fort boleh jalan kaki, naik gajah atau jeep. Nak naik gajah punya lah mahal RM 63. So, kami menggunakan kederat kami untuk mendaki dan mengambil gambar. Kelihatan juga Great wall of India. Saya terlalu terpesona dengan bangunannya sehinggakan sibuk mengambil gambar dan tidak begitu mendengar kisah nya dari guide kami. Binaannya menggunakan batu merah bata dan marble putih. Ukiran di dinding dan syiling yang menarik


Yang ini pula Jai Mahal or Water Palace yang sudah tenggelam di naiki air hujan. Kalau nak ke sana kena naik bot.

Sunday, April 24, 2011

India - Delhi Day 2





City tour bermula awal pagi. Hotel sebernarnya di dalam shopping mall. Tapi satu pun tak buka lagi. Melalui beberapa bangunan yang menarik di sekitar delhi. Paling terserlah ialah India Gate di mana ia dibina untuk memperingati tentera mereka yang gugur semasa world war 1.


Kemudian kami ke Mahatma Gandhi memorial. Mereka sangat menghormati Gandhi. Duit rupee mereka ada gambar Gandhi. Gandhi membantu proses kemerdekaan India dari jajahan British dengan memulakan gerakan kemerdekaan yang berdasarkan nilai-nilai sederhana berasaskan kepercayaan hindu: kebenaran (satya) dan tanpa kekerasan (ahimsa).

Gandhi ditembak mati oleh seorang extrimist hindu yang marah kerana kepercayaan Gandhi yang menginginkan rakyat Hindu dan Muslim diberikan hak yang sama pada 30 Januari 1984 pada usia 78 tahun. Banyak quotes dari Gandhi yang dipamerkan disini. Juga ada video pendek animasi tentang Gandhi.

Setelah itu kami ke Jaipur.

India - Delhi Day 1

Masa mula- mula sampai rasa banyak betul nak cerita. Excited. Tapi sebab dah terperuk, macam dah tak tahu nak cerita apa. Anyway, perjalanan ke Delhi mengambil masa lebih 5 jam dan perbezaan masa 2.5 jam. Kami tiba lewat malam. Delhi airport besar dan luas. Terasa jauh juga berjalan. Selain tour guide menunggu, super star Shah Rukh Khan juga setia menyambut kami. Sampai hotel, terus tidur.


Friday, April 15, 2011

The Saree and Me



I bought this without knowing when I will wearing it. But who cares :) I like.



From back. See the details :)

Thursday, April 14, 2011

Overwhelming India




A friend of mine once told me; you either hate or love India. Not in between. It is like the scene in Star Wars when Yoda sends Luke into the cave. Luke asks: What will I find there? and Yoda answers: Only what you bring in with you. So if i'm afraid, i will have scary experiences and if i'm open and trusting, i may find good things along the way.

I don't have much expectation. Been busy working and only have limited time to do my homework. I was warned about how dirty, dangerous and smelly India is. I decided to go with the flow and accept what ever may comes. To be able to experience India and not just visiting.



I spent six days (6 to 12 April 2011)  in the northern part of India - to the famous golden triangle area. From New Delhi (capital city of india) we heading to Jaipur (capital city of Rajasthan) and Agra (part of the state of Uttar Pradesh).

To my own surprised, i didn't miss home. I had a great time with India. India stimulates all senses ---> visual, smell, sound, touch and taste. And oh! all sorts of emotions too :)

India - Delhi Day 1  
India - Delhi Day 2  
India - Jaipur Day 3 
India - Jaipur, Ayurveda Day 3  
India - Agra, Fatehpur Sikri Day 4 
India - Agra, Taj Mahal Day 5  
India - Agra, Agra Fort Day 5 
India - Agra to Delhi Day 6