Sunday, April 24, 2011

India - Delhi Day 2





City tour bermula awal pagi. Hotel sebernarnya di dalam shopping mall. Tapi satu pun tak buka lagi. Melalui beberapa bangunan yang menarik di sekitar delhi. Paling terserlah ialah India Gate di mana ia dibina untuk memperingati tentera mereka yang gugur semasa world war 1.


Kemudian kami ke Mahatma Gandhi memorial. Mereka sangat menghormati Gandhi. Duit rupee mereka ada gambar Gandhi. Gandhi membantu proses kemerdekaan India dari jajahan British dengan memulakan gerakan kemerdekaan yang berdasarkan nilai-nilai sederhana berasaskan kepercayaan hindu: kebenaran (satya) dan tanpa kekerasan (ahimsa).

Gandhi ditembak mati oleh seorang extrimist hindu yang marah kerana kepercayaan Gandhi yang menginginkan rakyat Hindu dan Muslim diberikan hak yang sama pada 30 Januari 1984 pada usia 78 tahun. Banyak quotes dari Gandhi yang dipamerkan disini. Juga ada video pendek animasi tentang Gandhi.

Setelah itu kami ke Jaipur.

No comments: