It is easy in the world to live after the world's opinion; it is easy in solitude to live after our own; but the great man is he who in the midst of the crowd keeps with perfect sweetness the independence of solitude - Ralph Waldo Emerson
I realised that things have been good.
I was rushing back to the hometown last weekend as my uncle is sick and admitted to the hospital. After hours being stuck on a plane, apa lagi jet lag pun muncul tetapi mengagahi jua. Arrived mom's house and immediately hop on to big bro car and sleep for another two hours journey (feels like sleeping on the plane though). Selesai semua dan pulang semula ke rumah emak. Semua ada. Riuh rendah. Celebrated bro in law and nephew birthday together with father's day - combo style. I woke up late on Sunday. Kelam kabut bangun. Terus teringat akan pesan mak malam tadi untuk sesi masak memasak. Surprisingly bila bangun, breakfast ubi rebus sambal hijau ikan bilis dah tersedia. Wah :) Mak pulang awal dari kedai to join us cooking. Meriah. Raya pun tak dapat berkumpul seramai ini. Mak sekarang bukan sahaja ditemani oleh dua orang adik lelaki saya, tetapi juga menantu dan sesekali bakal menantu menjengah menghantar makanan. Alhamdulillah. Tidak lah tertunggu-tunggu emak untuk saya pulang. Teman berbual pun ada :)
Oleh kerana tahu akan mengambil cuti yang panjang di waktu yang crucial, I tried hard to complete everything. Work like mad. Juggling my own time. Pagi, petang, Siang dan malam. In between NZ and Italy/Swiss trip investor juga sempat menjengah. Saya mencuba sebaik mungkin menyediakan dan menjawab segala persoalan dari investor dan juga auditor. Meninggalkan department, hati ada sedikit risau. Dengan dua project baru in hand, saya request dan prepare apa yang patut. Tapi saya percaya, mereka boleh survive tanpa saya, (but i made myself available 24/7 mostly on whatapps and emails - just in case). Saya selalu fikir yang terbaik untuk company. Oleh itu, cara kerja saya ialah dengan memastikan company tidak perlukan saya. Maksudnya saya boleh diberhentikan pada bila-bila masa kerana company akan survive tanpa saya - everything in place dan in order. Sesiapa yang menggantikan saya hanya perlu menyambung kerja saya dengan mungkin lebih baik lagi. Tiada back lock, tiada apa yang perlu di sorok-sorok. Alhamdulillah - they made it without me. We survived. Bangga saya dengan mereka. Leadership through Empowerment :)
The world does not stop just because I'm on leave - Firefly
Being able to take time off and realising my dreams, I'm grateful. Jika sepuluh tahun lepas, ia kelihatan mustahil. Terlalu banyak limitation - terutamanya masa, wang dan kerja. Tetapi saya realised kerana tak punya banyak masa - saya lebih hargai masa (fokus, priorities dan tidak membazirkan masa dan energy pada yang tak perlu). Kerana tidak punya banyak lebihan wang - saya berbelanja yang perlu sahaja, ikut budget dan target. Kerana kerja yang umpama air hujan, saya tidak libatkan diri dengan politik kerja, cuba tidak procrastinate dan cuba delegate. Secara tidak sedar, kerana mahu meralisasikan impian, saya cuba menjadi yang lebih baik. Saya tahu ada manis nya di hujung sana :)
Begitulah. In the midst of everything, the sweetness is just perfect.
Good Night, Sleep tight beautiful people.