22 to 24 Oct 2012
Kita ke Athens, jom. Dah cerita sedikit di sini
Day One
Cuaca sejuk dan hujan gerimis sedikit menduga. Tetapi mengagahkan kaki kerana hanya punya dua hari penuh di sini. Pagi-pagi gelap sudah bertolak dari Istanbul. Naik taxi yang seakan formula one. Surprisingly, Istanbul airport sesak sungguh. Nasib baik cukup masa.
Pejam celik dah sampai Athens. Lebih kurang sejam setengah. I think its new aircraft by Turkish Air. Nice. Sampai di Athens, banyak juga soalan tentang stok makanan yang dibawa. Tapi ok. Terus naik train ke city centre. Hotel hampir dengan museum acropolis. Tidak berapa sukar untuk di cari.
Since its still early, room was not ready. Tunggu sebentar sambil men check out the hotel. From hotel rooftop saya boleh lihat ini - Acropolis
Had quick early lunch of maggi mee and ready to explore the city. Decided to cover the city except Acropolis and Museum. Museum close on Monday.
First stop the Olympieion Zeus - temple yang dibina khas untuk Zeus, dewa Olimpus
The entrance |
Glommy day |
Next - The Parliament
I considered myself lucky. Everything falls into places. Setelah berjalan-jalan sebentar di taman, terus menuju ke Parliament. Hati berdebar-debar. Beberapa hari sebelum bertolak, their public transportation (bus and train) mogok for one day. Semua tak jalan. Sebelum tu, tengok kat tv, banyak demonstrasi jalanan. Yang pasti tempat mogok adalah di hadapan Parliament opposite Syntagma Square.
Alhamdullilah, hari itu semua okay. Sampai di hadapan Parliament, upacara changing of guard baru bermula. Tak payah menunggu. Tiada mogok dan tunjuk perasaan.
The Parliament: where demonstrations and strike happens |
![]() |
Changing of guards takes place every hour - sangat interesting |
![]() |
Greek Army : The Evzones, wearing traditional Greek uniforms - a kilt-like skirt. I like the shoes though :) |
Everything looks normal kan. I mean the guard.... until i took a photo with one of the guard.. hehe
the guards are not allowed to talk or move at all |
Haaa.... tu dia. Gagah tak gagah. Rasanya kalau ada musuh boleh menyorok kat belakang. Gerentee tak nampak. Kan. :D
Terus berlari cari tempat teduh apabila hujan turun.Reda sedikit, teruskan berjalan ke arah Plaka. Ada deretan kedai yang menjual souvenir, pakaian, restaurant etc. Mungkin kerna masalah ekonomi, si penjual kurang mesra. Nampak stress aje. Nak beli pun takut.
![]() |
Kedai baju traditional tu menarik. Macam dalam movie |
Mahu mencari baju sejuk, tapi ended up beli fridge magnet sahaja. Esok masih ada. Harap masih boleh bertahan. Tu la. Underestimate the weather.
Day Two
Pagi-pagi sudah bangun. Bersemangat untuk ke Acropolis. Breakfast pagi, ada seakan cekodok manis. Makan sampai kenyang. Sebab the rest kurang menarik.
Parthenon was extensively damaged |
Terbayangkan betapa gah nya bangunan bangunan ini satu ketika dahulu. Terasa tidak tahu bagaimana mahu mengambil gambar. Terasa jika ada tourist guide kan bagus. Pasti ada kisah yang menarik. Tentang si Puteri Athena dan tentang Roman dan Greek Empire especially Alexandra the Great :)
Next stop - The Impressive Acropolis Museum.
Katanya museum ini baru dibina dan yang asalnya berada di Acropolis. Di pindahkan ke tempat yang lebih baik, lebih banyak kisah sejarah and well displayed. Di buka pada June 2009.
Tempat sejarah yang baru di jumpai - di hadapam museum. |
Entrance |
Tidak boleh mengambil gambar. Tapi benar, this is the best museum i had ever visited. Sangat sangat impressive. The layout and how the tell the story to the visitor sangat bagus. Juga ada video presentation tentang Parthenon.
Evolution of the Acropolis in miniature :)
Acropolis around 1200 BC |
Acropolis in 480 BC, on the eve of the Persian invasion |
Acropolis in the 5th BC |
Acropolis in the 2nd - 3rd c. AD |
Athens in the 2nd c. AD |
Acropolis around 1500 AD |
Terasa sarat dengan ilmu sejarah :D
Pulang semula ke hotel untuk makan. Rehat sebentar dan kemudian nya ke Roman Agora. Tetiba tersedar sebenarnya tersalah tempat. Mahu ke Ancient Agora sebenarnya. Duh. Salah tempat. Marah kat diri sendiri. Patut lah tak ada apa pun sangat kat Roman Agora ni heh.
![]() | ||
Sekarang vs Dahulu. Sila guna Imaginasi. |
Tower of the winds |
Bila sampai kat tempat yang sebenarnya.... sudah petang dan sudah tutup. eeeee.. ruginya. Kan. Oh sedih. Lain kali baca betul-betul. Ada lain kali ke? Pujuk hati, sebelum pulang ke hotel, pergi semula ke Plaka dan cuci mata dan beli baju tebal. Singgah di Hard Rock Cafe. Hampir dengan Parliament. Terasa lain macam. Rupanya ada tunjuk perasaan. Boleh lihat dari jauh. Orang ramai berkumpul, polis merata-rata. Cepat-cepat beli souvenir dan berjalan pulang. Nasib baik semalam sudah pergi. Sampai hotel, pengsan keletihan.