Oh.. it has been a busy day. Kaki sudah terasa-rasa kesakitannya. Merasakan pengetahuan sejarah saya sangat tipis. Tak pe lah. Balik nanti boleh google lama-lama, so that i can put things into the context.
Istanbul dan Athens berkait rapat. Pertembungan tamadun Islam, Yunani dan Rom. Teringat trip ke India dulu. Agak lebih mudah. Ada tour guide tak henti-henti cerita tentang tamadun India. Now, google dan baca sendiri lah ya.
Krisis ekonomi Greece menyebabkan saya lebih berhati-hati. Banyak mogok dan demonstrasi jalanan di lakukan oleh penduduk Athens. Tumpuan ialah di Syntagma Square, berdepan bangunan Parliament.
Semalam, sempat menyaksikan acara pertukaran guard. Interesting gila. Then ke Temple of Zeus, berjalan-jalan di sekitar Plaka.
Hari ni ke Acropolis, Museum, Agora dan Plaka sekali lagi. Photo : The Parthenon ruins memang terkenal. Di bina untuk sang Puteri Athena. Yang saya tidak tahu, rupanya dahulu pernah menjadi masjid, di zaman bani uthmaniyah.
Need to sleep now. 10.25 pm Athens, 3.25 pm KL. Entahlah. Sekarang ni, bangun waktu KL, tidur waktu Athens. Esok pagi pagi sudah ke airport. Mahu ke Mykonos island :) Nite.
Location : Athanasiou Diakou 2, Athens 117 42,
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment