Friday, April 29, 2011

India - Jaipur Day 3


Our driver was super cool. He told us that driving in India only need 3 things - Good Horn, Good Break and Good Luck - otherwise Good Bye :). Delhi to Jaipur took more than five hours. Macam nak pengsan juga duduk dlm kereta. Kat sini, anda dipersilakan utk bunyikan horn. Kat belakang lori mesti ada tulisan - blow horn. At times, saya tutup mata sahaja bila keadaaan mcm nak accident. Percaya atau tidak, pendapatan sebulan driver kami hanya 3,500 rupee. Alamak... sikitnya. No allowance for travelling and no place to stay. Saya tidak mahu tahu dimana dia tidur. Terasa kasihan. Bersama kami selama enam hari. 



Tiada apa yang sangat menarik sepanjang perjalanan. Kami melalui kawasan gurun. Cuaca panas, kering dan berhabuk. Dari jauh saya dapat melihat keretapi. Dlm hati terasa nak experience naik keratapi... tak jaiho la tak naik kan.


Sampai di hotel, kami di sambut oleh doorman yang mempunyai misai yang tersangat panjang. Misai disusun kemas dipipi. Masuk paper tu. 


Esok paginya, kami mulakan city tour. Jaipur dikenali sebagai pink city. Bangunannya berwarna pink. Tapi sebenarnya tak lah pink. Tapi merah bata.




Di atas ini pula Palace of Wind or Hawa Mahal di bina pada 1799. Ini hanyalah hadapannya sahaja dan bukanlah bangunan sebenar. Ia seumpama tabir. Tujuannya adalah supaya wanita yang berpurdah boleh melihat aktiviti dan suasana jalanan melaluinya. 








Kemudian kami ke amber fort. Ia sebuah istana yang dibina oleh Raja Man Singh 1 pada 1592. Banyak kedai-kedai jualan diluar. Meriah. Untuk masuk ke amber fort boleh jalan kaki, naik gajah atau jeep. Nak naik gajah punya lah mahal RM 63. So, kami menggunakan kederat kami untuk mendaki dan mengambil gambar. Kelihatan juga Great wall of India. Saya terlalu terpesona dengan bangunannya sehinggakan sibuk mengambil gambar dan tidak begitu mendengar kisah nya dari guide kami. Binaannya menggunakan batu merah bata dan marble putih. Ukiran di dinding dan syiling yang menarik


Yang ini pula Jai Mahal or Water Palace yang sudah tenggelam di naiki air hujan. Kalau nak ke sana kena naik bot.

No comments: