Friday, April 25, 2014

The Journey : Kasbah di Kaki Gunung Atlas, Part 6

Setelah lebih 4 jam kami berhenti di Ksar Ait Ben Haddou, Quarzazate. Perkampungan pre-Saharan yg terbina dari tanah dan masih didiami oleh 9 keluarga. Tersenarai di dlm list UNESCO's World Heritage pada tahun 1987.



Guide membawa kami ke dalam kasbah. Melihat-lihat kawasan setempat, ala-ala wakil rakyat. Keadaan dalam rumah sangat basic. Umpama transported back ke zaman lampau.








Lepas selesai semua, van berhenti utk lunch dan dapatlah saya meluruskan alignment badan yang dah lari sebab terlalu lama duduk. Nasib baik ada sejemput nasi. If not, makan roti lagi laaa.


Perjalanan berliku diteruskan menuju Zagora utk memasuki kawasan gurun. Berkali kali pusing yang lebih pusingnya dari Cameron Highland. Pemandangan cantik tapi tak dapat nak layan. Ni belum musim panas yang pasti panasnya menyengat sampai ke kepala.

Dah terasa amat lunyai. Kepala dah weng weng. Rasa macam dah tak mampu dah ni. Bila la nak sampai. Tak pasal pasal tekak dah rasa semacam. Seperti tidak boleh ditahan. Nak suruh driver berhenti mcm dah tak sempat. Terus capai plastik kuning.. taraaaa... keluar semua. 

Hmmm.. nasib baik lepas tu van berhenti utk last pit stop. Dapat lah ke toilet dan beli air minuman. Perjalanan seterusnya lebih kurang tak sampai sejam. Turun van, siDia dah bersiap sedia menunggu..


Wednesday, April 23, 2014

The Journey: Into the Sahara, Part 5

Pagi-pagi bersemangat bangun. 2D1N trip ke gurun sahara. Hohoho... THIS IS IT. Jauh mengembara untuk sampai sini. Pack semua barang masuk dalam beg, kunci dan tinggalkan di lobi. Esok malam, saya datang semula claim ok. Baju dan setokin busuk dah hantar dobi. Dapatlah pakai baju bersih dan setokin wangi nanti. Nak pakai balik Paris ni :D

Tepat jam 7.00 pagi, muncul lah siDia. Membawa kami berjalan kaki ke office travel agent. Dalam perjalanan, bau dari kedai roti sungguhlah mengancam. Perut belum diisi. Berhentilah beli 2 keping croissant yang besar gila dan secawan kopi, share berdua. Tamak kan. Takut sangat tak de makanan. SiDia tu asyik tengok jam je. Iyolah. Kami cepat la ni.


Sampai kat office travel agent, tunggu lah lagi. Menunggu lain-lain penumpang. Tadi nak cepat bagai. Nak terpelecot kaki kejar siDia. Ada 14 orang kesemuanya. Van dah penuh. Tapi tak jalan-jalan jugak. Entah kenapa. Tunggu lagi. Bila lah nak sampai ni.

Tiba-tiba datang siDia yg lain cakap english kuat-kuat, tinggi suara. Al kisahnya dia orang ni menunggu satu lagi penumpang. Tunggu punya tunggu. Tak ada jugak. Penumpang yang ditunggu-tunggu itu rupa-rupanya adalah SAYA! Masa dia orang kira, dia orang tak nampak saya. Langsung tak nampak. Ya la... mana nak nampak, depan saya ni seorang mamat bersaiz XXXL. Mestilah terlindung. Mana lah saya tahu kan. Lepas tu kena bebel percuma. Kononnya saya menyorok.. mana ada. Ceh!

So bermulalah perjalanan ke gurun sahara. Dalam van ada 2 orang dari Italy, 2 orang dari Spain, 3 orang dari France, 3 dari Australia dan 2 orang warga emas dari London. Kita  layan gambar..




Entah apalah yg dibuat oleh mereka berdua ni
Perjalanan di sekeliling Atlas mountain ini sangat mencabar. Bagaikan ular kena palu. Pusing dibuatnya. Sungguh. Lagu lagu arab yang berkumandang menambah pening. Aduh. Jauh lagi ni. Sesekali van berhenti utk mengambil photo.



Melihat mereka berusaha menjual di panas terik, membuat saya terdiam sebentar.  Demi sesuap nasi kan. Ketika tekak dah meloya.. van berhenti toilet break. Kita minum dulu.


Air  oren fresh yg sangat melegakan. Tak ingat berapa dirham entah. Akhirnya,  sampai juga.. bukan digurun sahara, tapi di kasbah.


to be continued..

The Journey: Marilah ke Marrakech, Part 4

Mengagahkan semangat utk menulis. Mari kita. So dari Casablanca ke Marrakech naik train 3 jam. Dalam train cuba tidur dan sambung tonton drama di hp. 

Sampai Marrakech dah gelap. Sepatutnya ada lah supir menunggu dgn kad board di tangan. Hmm.. tak muncul la pulak. So telefon la si Ahmad dari Gomocco travel agent. Di suruh nya tunggu sahaja nanti assistant nya datang pick up. Iyolah.

Perut dah nyanyi lagu keroncong buat Ana. Penat tak terkata lah kan. Entah mana la si assistant supir ni. Train station nya punyala besar dan byk fast food outlet. Mahu saja ku makan McD.

Sampai juga akhirnya si assistant supir terus dibawa naik van ke Riad Rime di old medina. Di minta juga baki bayaran utk tour esok pagi. Pick up jam 7.00 pagi. Kemudian seorang pak cik tua yang membawa umpama kereta sorong, mengangkat beg kami yg cuma 2 itu dan menyuruh kami ikut nya ke riadh. Tak la jauh mana pun, tapi pok cik tu nak juga kami bayar extra since dah malam. Iyolah.




Sampai di Riad Rime, meluruskan kaki sebentar. Cantik kan deco nya. Kelas. Walaupun sempit dan basic sahaja. Gabungan colour terang contrast. 

Malam itu ke Djemaa El Fna Square. Ia umpama Sure Heboh karnival kot. Macam macam ada. Meriah sungguh. Ada pertunjukan wayang, sempena festival filem katanya. Hanya valid diwaktu malam. Siang harinya bertukar jadi laluan utama.

Makanan pelbagai macam digerai-gerai yang bernombor. Kami ke gerai nombor 36 kot. Dinner malam tu sosej dan kambing bakar dan roti.




Ada juga persembahan silap mata, ular, muzik dan game. Macam macam ada. Tapi tak snap bagai. Entah kenapa. Kepenatan kot.




Bersambung.. 

Monday, April 14, 2014

Relationsheep



I'm taking a day off today, to keep me sane and to rest. I miss home. I miss my own bed and having my me time quietly at home (seriously?  quiet... naaah.. only happens if i quit my job). That's how i spent my day today. Termakbul juga, Alhamdulillah.

Rest is an expensive word. I have to earn it. I have to deduct my leave to rest. God knows how exhausted an worn out i have been. I've been working all days, saturday and sunday non stop for weeks. Gila ah. Mcm pembantu rumah warganegara asing. Hari-hari kerja. No off day.

I found normal people resting all day in the office. Sigh.  Like i said to my team earlier,  too bad they stuck with me and we have tonnes of work to be done.

I've been running here and there to keep my relationsheep with family,  friend and work. Often i wonder if all this worth it? Feedback i got was that i'm too accommodating,  as such people take advantage.

It's true. I let it be.

Apa pun, patience patience patience, so that i can push it through... utill the game is over.

Good night.

Tuesday, April 08, 2014

Bicara..



Merasa keletihan untuk berbicara. Sungguh. Bicara tanpa kata-kata dan suara lebih bermakna. Kerna Dia Maha mengetahui apa yang tersirat dan tersurat.