Sunday, May 22, 2011

Tape and Glue


Early morning breakfast fill up with question and answer session with a friend.

The good part was the realisation part. I had come to realised the reason I choose to be alone. It is not because it makes me happy or happier. It is because if I ever love someone again and then it fell apart, I might not make it. I may not able to survive with the pain. The pain could go on forever.

I choose the easier way out. I choose to be alone. The sort of person I am - it’s all or nothing. Be it with family, friends and work - all with full hearted. So if I ever fall, I fall hard.

To my friend, thank you for asking. You’re too much for me right now. I’m scared. I'm damaged. I’m busy with the tape and glue.

Agra Delhi - Day 6



Sesi beshopping mesti ada. Tapi bukan agenda utama ke sini :)


Lihat warna saree mereka. Colourful.


saudagar pisang


Saya letakkan gambarnya diblog ini untuk mengingatkan saya pada waktu sukar. Dia mengayuh basikal setiap hari dari fatehpur sikri utuk sampai ke agra sejauh 40km - sehala. Tak silap saya katanya mengambil masa dua jam sehala. Itu hanya mengayuh basikal. Belum lagi berdiri sepanjang hari menjaga pintu. Aduh.. 

Selepas lunch kami bergerak dari Agra ke airport Delhi. Pulang ke KL, flight malam. Saya ketawa besar melihat teman saya tidur bersama cermin mata hitamnya. Tapi sebab itu buat dia happy - saya ok. 

Sekian :)

India Agra Fort - Day 5

Setelah selesai lunch, kami meneruskan perjalanan ke Agra Fort. Ia tersangat besar dan telah menjadi antara bangunan yang paling bersejarah di India. Manakan tidak, antara mughal yang tinggal dan mentadbir disini ialah Hamayun --> anaknya Akbar --> anaknya Jehangir --> anaknya Shah Jahan dan anaknya Aurangzeb. Kami hanya melihat kurang 30%. Selainnya masih menjadi tempat tinggal tentera. Katanya dibina sejak tahun 1156.





Setiap pemerintah membuat pengubahsuaian mengikut citarasa masing-masing. Akbar gemar pada batu merah bata, Jehangir gemar pada corak permaidani Parsi dan Shah Jahan pada marmar putihnya. Mereka sangat mewah sehingga meletakkan emas pada ukiran dinding. Dahsyat eh.

Di sinilah Shah Jahan (15 tahun) pertama kalinya bertemu Mumtaj, anak seorang menteri kabinet. Pertama kali terlihat Mumtaj, Shah Jahan terus jatuh cinta dan mahu memperisterikannya. Mumtaj ketika itu berusia 14 tahun. Hubungan mendapat tentangan kerana darjat dan pengaruh politik, akhirnya berkahwin juga selepas lima tahun (setelah Shah Jahan berkahwin dua kali). Cinta dan hati Shah Jahan tetap pada Mumtaj. Usia perkahwinan mereka 19 tahun.

Kami dapat melihat Taj Mahal dan Yamuna river dari Agra Fort



Yang menyedihkan adalah apabila mengetahui bagaimana Shah Jahan menghabisi hari-hari terakhirnya.  Beliau telah dikurung penjara oleh anaknya sendiri (Aurangzeb) selama lapan tahun dan pada usia 74 tahun akhirnaya beliau meninggal dunia. Semua ini adalah kerana perebutan kuasa.


Inilah tempat dimana Shah Jahan di penjarakan. Hanya mampu melihat dari jauh makam indah buat isteri tercintanya. Selama 22 tahun masa dan tenaga dicurahkan untuk membina Taj Mahal, tetapi inilah akhirnya. Kesian kan.

Saturday, May 21, 2011

India Agra - Day 5



pintu gerbang ke Taj Mahal


dari jauh






Highlight for the whole trip adalah ke Taj Mahal. Bagus juga, sebab yang terindah adalah pada hari yang terakhir. Sampai juga kaki saya ke sini.  Saya sangat teruja dan tidak sabar mendengar kisahnya.

Bayaran masuk 750 rupee. Pengunjung tidak dibenarkan merokok dan memakai kasut ketika berada di sini. Kenderaan menggunakan bahan api juga tidak dibenarkan masuk. Ini semua utk menjaga batu-batu dan marble putih Taj Mahal agar warnanya tidak rosak atau luntur. Security juga agak ketat. Mancis, rokok, makanan etc tidak dibenarkan. Kami juga di larang mengambil gambar di dalam Taj Mahal.

Oleh kerana dibina atas dasar cinta dan kasih sayang, tempat ini juga dipanggil monumen of love. Makam ini di bina oleh Shah Jahan (cucu kepada Akbar) untuk memenuhi permintaan terakhir isterinya Mumtaz Mahal yang meninggal dunia ketika melahirkan anaknya yang ke 14. Yang saya tidak tahu ialah, rupa-rupanya isterinya, Mumtaz ini sentiasa berada di sisi Shah Jahan. Bukan sahaja di Istana tetapi juga di medan perang selama berbelas-belas tahun. Melahirkan anak juga di medan perang. Oleh itu saya merasakan dia deserve makam yang seindah ini.

Taj mahal ini jika dilihat dari arah mana pun akan nampak sama kerana simetri nya sempurna. Bahan binaan dari marmar putih dan 28 jenis batu yang tersangat berharga drp seluruh dunia. Makam Mumtaz yang sebenarnya jauh dibawah tanah bersama suaminya. Yang ditunjukkan adalah replikanya sahaja. Di kiri dan kanan Taj Mahal adalah bangunan yg serupa bentuk dan ukurannya, Satu dibiarkan kosong dan satu lagi adalah Masjid.



Ada khabar yg mengatakan Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung ke atas arkiteknya Ustaz Ahmad dan memotong tangan kesemua penukang yang membina Taj Mahal supaya tiada bangunan yang menandingi Taj Mahal. Namun kata tour guide kami itu semua tidak betul kerana Taj Mahal itu simbol cinta mana mungkin Shah Jahan sekejam itu.



Saya sangat terkagum dengan seni buatannya. Kisahnya juga membuatkan saya terdiam sebentar - bukan apa, perlu digest informasi. Rasanya Shah Jahan terlalu obsess. Taj mahal adalah simbol obsesinya kepada Mumtaj. Memang patut pun hingga kini merupakan salah satu dari seven wonders of the world.

Friday, May 20, 2011

Nur Kasih the Movie




Hmmmm... Nur Kasih. Nak kata best sgt tidaklah. Tapi nak kata tak best pun tidak.

Saya appreciate:

. Cinematography nya. Sangat cantik. Sangat detail. Especially di Jordan.

. Para pelakon nya. Cukup serasi. Cukup rasa. Paling suka melihat lakonan ibu aidil dan adam.

. Konsep cerita. Tentang Tuhan.Tentang kehidupan. Tentang kekeluargaan. Kasih sayang dan pengorbanan.

Kurang menarik:

. Plot cerita. Byk yg tidak perlu. Byk yg tidak realistik. Terlalu byk dugaan dan derita. (kenapa sampai perlu ke Jordan utk merawat hati, kenapa terlalu mahu mencari cincin). Isk..isk

. Sudah tiada watak Sara :( Si cilik yg penuh helah dan tipu daya. Bagi saya Sara memberi colour kpd jln cerita.

. Twist di akhir cerita kurang menarik. Dah basi.

Bagi yg belum menonton, sila lah ke panggung. Tak rugi menonton. Sokonglah industri perfileman kita :)

Buat abg jack sparrow.. Tunggu. Nanti senang saya tonton kamu.


Posted via Blogaway

Tuesday, May 17, 2011

India Fatehpur Sikri --> Agra - Day 4

Pagi itu meneruskan perjalanan sejauh 250km, lebih kurang lima jam untuk ke destinasi seterusnya, Agra.  


Singgah sebentar di Fatehpur Sikri (tinggal 40km lagi utk ke Agra). Di kenali juga sebagai City of Victory dan dibina oleh pemerintah terhebat dalam empayar Mughal - Maharaja Akbar (the Great) pada awal 1570. Maharaja Akhbar terkenal dengan kejayaannya meperluaskan empayar dan juga  kebijaksanaanya sebagai administrator. Pada awalnya pusat pemerintahan berada di Agra (Agra Fort) dan setelah beberapa tahun kemudiannya berpindah disini.






Menurut cerita dari tour guide, Maharaja Akbar mempunyai tiga isteri berlainan agama - Hindu, Kristian dan Muslim yang pada dasarnya adalah utk meyatupadukan lagi rakyat jelata. Didalam Fatehpur Sikri ini, terdapat makam Salim Chisti, seorang ahli sufi yang sangat disanjung tinggi oleh Akbar. Sebagai mengenang jasa beliau yang berjaya meramalkan kelahiran anak lelaki sulungnya - Jehangir dari isteri hindunya, Akbar membina Jama Masjid.

Tour guide menyarankan kami ke makam ahli sufi. Saya sangat keberatan sebenarnya. Apa tidaknya, kami disarankan membeli kain berwarna utk diletakkan atas makamnya dan kemudian diberikan tiga helai tali kuning untuk diikat disekitar makam tersebut sambil berdoa memohon perkara yang diingini. Macam tak betul je ni. 


Sedih melihat keadaan di Fatehpur Sikri ini kerana kotor dan banyak pengemis. Ada masjid tetapi tidak terjaga. Walaubagaimanapun, saya ada menonton satu filem hindi lama berjudul Jodhaa Akbar, lakonan si cantik jelita Aishwarya Rai beberapa hari setelah sampai.Filem ini berkisarkan kehidupan Maharaja Akbar dan Isteri hindunya di Fatehpur Sikri. Tempat ini dihidupkan semula. Sangat cantik. So saya boleh imagine betapa gah nya istana Akbar ini satu ketika dahulu.

Oleh kerana selalu mengalami masaalah air,  tempat ini ditinggalkan. Akbar kembali ke Agra.

Monday, May 16, 2011

India Jaipur - Day 3

Menerus kan kisah India walaupun dah hangat hangat sejuk :) Seperti selalu mesti ada sesi massage. Kali ini kerana semangat ingin tahu, saya cuba Ayurveda. Tempat massage macam klinik tahun lapan puluhan. Betul. Tuan punya adalah seorang doktor (entah ya atau tidak). Kalau buat di KL min price adalah RM 300 to RM 400. Gila mahal. 

 Claculator utk kira.. jgn tak kira

Dari brochure nya tersangat banyak lah kebaikan Ayurveda ni. Ingredient utamanya adalah minyak herba. Yang paling saya ingat ialah ia membolehkan saya tidur nyenyak. So setelah satu jam massage, minyak herba di letakkan di kawasan dahi. Senang cerita serupa mcm gambar di bawah.


Saya sangat tidak selesa. Terasa sengsara menunggu minyak herba dalam manguk tu habis. Lama betul. Rimas di buatnya. Lebih 20 minit kot. Tak sabar mahu bangun dan pulang. Setelah selesai semua, kami terus ke hotel. Surprisingly the rest of the girl fall asleep as soon as the oil runs through their forehead. Aiseh. Mcm kena pukau.. hahaha. 

That night, during dinner we laughed out loud. Ada je cerita kelakar yang dikongsikan. Kami ketawa mcm sampai tak boleh berhenti. Bila difikir semula sekarang, tak ada lah kelakar sangat pun. Entah lah penangan Ayurveda kot.

Saturday, May 14, 2011

Day 30 –A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

Three good things

1. Survived in a challenging Q&A session. I thought all of us in a same one boat, unfortunately not. I have large, medium and small boat. I'm somehow answerable to all this boat. Oh well, we survived until the next visit in June.

2. Celebrated mothers day with mom and granny.

3. Bought new phone that i like. It took me more than three mths just to find android phone that does not burn my pocket and fit to my heart.

Yeay! 30 days Challenge completed :) What next.

Day 29 – Something you could never get tired of doing



Pampering myself di Spa. Suka sangat. Kerana nya bukan saya yang penat. Tapi nantinya poket saya yang stress :)

Day 28 – In this past month, what have you learned?


I have learned that
  • Lebih baik diam apabila tidak punya jawapan
  • Lebih baik kasihan pada diri sendiri drp mengharap orang kasih han kan kita. 
  • Unlimited - itulah responsibility saya
  • Tiada ubat untuk penat
  • Hidup... begitulah

Day 27 – What kind of person attracts you?



Yang mahu, Yang tahu, Yang sanggup, Yang punya dan Yang menerima.

Day 26 – A photo of somewhere you want to go



Saya mahu ke jalan yang lurus, jalan yang telah dianugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan yang dimurkai dan bukan pula jalan yang sesat.

:) 

Day 25 – Who are you?

I am not...



wonder woman


bionic woman


Xena the warrior



or Jem and the holograms :)


Someone who’s struggle in her everyday life and takes time off once a while.

Day 24 – A photo of something that means a lot to you


My Super Mom

Day 23 – 15 facts about you

Oh.. my day 21 and 22 post sudah hilang. Maybe akan muncul semula - kata blogspot.com.
Saya teruskan dengan soalan 15 fakta bukan auta :


1.  Penakut, tapi buat-buat berani
2. Tidak bersukan dan tidak tahu naik basikal
3.  Perkara yg melibatkan haiwan dan tumbuhan bukan minat saya
4. Tidak adventurous apabila bab makan. 
5. Suka buat muka – unintentionally and intentionally
6. Cepat panic, Cepat stress dan Cepat terasa hati
7. Ya. Saya cengeng
8. Perahsia
9.  Cuai dan pelupa
10. Bergantung harap pada GPS. Tidak boleh ingat jalan
11. Tidak suka cakap lama-lama ditelefon
12. Jadi bodoh kerana cinta
13. Rimas melihat lelaki membawa handbag wanita - err.. tak boleh bawa sendiri eh?
14. Always makes mistake
15. Comot

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently

Dear Mr and Mrs Right,


Yes. You can put the blame on me. Shit happens and I made a mistake - causing you to lose thousands of 'business opportunity'. My apologies.

You can say anything that you want. It's Okay. You can continue to look for my other mistakes. You may play the blame game. 

But I'm not interested to join you. I choose, at my very best to see the good in everything. 

I'm not playing any game. I'm just plain tired and all I want to do is to get things done and go back home.

After all, I have a life to live :)

Friday, May 13, 2011

Day 21 – A photo of something that makes you happy


Lelaki disebelah saya tidak dapat melihat. Saya membantunya membuat aktiviti collage. Saya tanyakan padanya, gambar apa yang dia mahu. Jawabnya, dia mahu saya memilih gambar yang membuatkan saya gembira. Dia mahu collage yang saya buatkan untuk nya memberi maksud kegembiraan.

Setelah selesai semua proses menggunting dan menampal gambar-gambar daripada pelbagai jenis magazine yg ada, saya ceritakan padanya secara terperinci tentang collage tersebut. Tentang semua gambar-gambar gembira yang saya pilih untuknya. 

Dengan riak senyum dimukanya, perlahan dia katakan pada saya yang dia sangat happy hari ini. Dan serta-merta saya sedar, betapa bertuah nya saya. He has indeed made me happier :)

Thursday, May 12, 2011

Day 20 – The meaning behind your blog name

Need to catch up, so that I'm done in 30  days. Previously, my blog name was The World through My Eyes. I changed it, to make it more relevant, i think.

To Live 100%, To Love Unconditionally and To Laugh Insanely.

Life is what you make it, make it happen and make the most out of it.

Day 19 – A picture of something you want to do before you die


Continuing my 30 days blog post challenge. Yeah I know. I stop halfway. Saya ke R&R untuk rehat dan rawat. Tired of drama. Tired of everything. Off all, saya teruskan mendaki juga.

The map above shows what I want to do before I die (beside performing rukun Islam yg kelima). Backpacking for one month, from London to London --> France, Spain, Italy, Greece, San Marino, Austria, Liechtenstein, Switzerland, Germany and Holland.

Oh. I hope and pray. Amin.

Monday, May 09, 2011

Tired


Its been almost past one week now. I should get my momentum back. I should able to keep myself together. Unfortunately not. A visit to a spa, does not really help much either. I'm still tired.

I'm sick and tired of everything.

Monday, May 02, 2011

Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex

Five things that irritate me:

1. Rude
Budi bahasa amalan kita. The way you speak and act - define who you are (yep.. not the way you look). Kadang-kadang mendengar anak-anak kecil bertutur dengan perkataan yang kasar, rasa nak piat je telinga. Tapi yang herannya si ibu dan bapa membiarkan sahaja.. isk..isk.

2. Fussy
Oh... saya memang tidak tahan dengan mereka. Saya cuba elak dan lari sejauh mungkin. Tapi mana mungkin ya. Selalunya saya diam dan tutup telinga. Ya lah... kalau cerewet segala... itu tak kena, ini tak betul.. mood pun kacau.

3. Time
Somehow I just can't tolerate with lateness. Nak kata saya punctual sangat tidak lah. 10-20 minit late is still okay. Tapi kalau dah menunggu sampai lebih setengah jam, muka saya pun dah jadi biru. 

4. Controller
Setiap jam perlu bagi report -- dimana, buat apa, dengan siapa, kenapa.. dan mcm-mcm soalan lagi. Macam polis pencen buat soal siasat :) Perlu ikut cara dan t&c mereka. Aduh letih dibuatnya. 

5. Taking things for granted
Some people are just hard to be with. They like to make it hard even for the small things. Perhaps they don't know how -- how to appreciate, how to say thank you and how to value the things they have. Until its gone.

Sunday, May 01, 2011

Day 17 – How you hope your future will be like



I heard this song, very looong time ago, when I’m still a little girl -- Que Sera Sera, Whatever will be will be. I guess this is how I live my life now since I’m not a planner.

But I do realised that I have been struggling to find my balance. It’s difficult and delicate. I tend to get frustrated with myself when things fall out of balance. I have too much things on my plate and when I don’t have my ‘me’ time, my balance goes off the line. I wonder sometimes, is a balance even possible or is only a myth.

I hope as my life goes on – I’m able to find my perfect balance.