Setelah selesai lunch, kami meneruskan perjalanan ke Agra Fort. Ia tersangat besar dan telah menjadi antara bangunan yang paling bersejarah di India. Manakan tidak, antara mughal yang tinggal dan mentadbir disini ialah Hamayun --> anaknya Akbar --> anaknya Jehangir --> anaknya Shah Jahan dan anaknya Aurangzeb. Kami hanya melihat kurang 30%. Selainnya masih menjadi tempat tinggal tentera. Katanya dibina sejak tahun 1156.
Setiap pemerintah membuat pengubahsuaian mengikut citarasa masing-masing. Akbar gemar pada batu merah bata, Jehangir gemar pada corak permaidani Parsi dan Shah Jahan pada marmar putihnya. Mereka sangat mewah sehingga meletakkan emas pada ukiran dinding. Dahsyat eh.
Di sinilah Shah Jahan (15 tahun) pertama kalinya bertemu Mumtaj, anak seorang menteri kabinet. Pertama kali terlihat Mumtaj, Shah Jahan terus jatuh cinta dan mahu memperisterikannya. Mumtaj ketika itu berusia 14 tahun. Hubungan mendapat tentangan kerana darjat dan pengaruh politik, akhirnya berkahwin juga selepas lima tahun (setelah Shah Jahan berkahwin dua kali). Cinta dan hati Shah Jahan tetap pada Mumtaj. Usia perkahwinan mereka 19 tahun.
Kami dapat melihat Taj Mahal dan Yamuna river dari Agra Fort
Yang menyedihkan adalah apabila mengetahui bagaimana Shah Jahan menghabisi hari-hari terakhirnya. Beliau telah dikurung penjara oleh anaknya sendiri (Aurangzeb) selama lapan tahun dan pada usia 74 tahun akhirnaya beliau meninggal dunia. Semua ini adalah kerana perebutan kuasa.
Inilah tempat dimana Shah Jahan di penjarakan. Hanya mampu melihat dari jauh makam indah buat isteri tercintanya. Selama 22 tahun masa dan tenaga dicurahkan untuk membina Taj Mahal, tetapi inilah akhirnya. Kesian kan.




1 comment:
MapleTip is currently undergoing a server upgrade over the next couple of days. If you notice some slow downs, we apologize for the inconvenience. We hope that this upgrade will go by quickly without any impact at all!-buy B.R.M replica
Post a Comment