Lelaki disebelah saya tidak dapat melihat. Saya membantunya membuat aktiviti collage. Saya tanyakan padanya, gambar apa yang dia mahu. Jawabnya, dia mahu saya memilih gambar yang membuatkan saya gembira. Dia mahu collage yang saya buatkan untuk nya memberi maksud kegembiraan.
Setelah selesai semua proses menggunting dan menampal gambar-gambar daripada pelbagai jenis magazine yg ada, saya ceritakan padanya secara terperinci tentang collage tersebut. Tentang semua gambar-gambar gembira yang saya pilih untuknya.
Dengan riak senyum dimukanya, perlahan dia katakan pada saya yang dia sangat happy hari ini. Dan serta-merta saya sedar, betapa bertuah nya saya. He has indeed made me happier :)

No comments:
Post a Comment