pintu gerbang ke Taj Mahal
dari jauh
Highlight for the whole trip adalah ke Taj Mahal. Bagus juga, sebab yang terindah adalah pada hari yang terakhir. Sampai juga kaki saya ke sini. Saya sangat teruja dan tidak sabar mendengar kisahnya.
Bayaran masuk 750 rupee. Pengunjung tidak dibenarkan merokok dan memakai kasut ketika berada di sini. Kenderaan menggunakan bahan api juga tidak dibenarkan masuk. Ini semua utk menjaga batu-batu dan marble putih Taj Mahal agar warnanya tidak rosak atau luntur. Security juga agak ketat. Mancis, rokok, makanan etc tidak dibenarkan. Kami juga di larang mengambil gambar di dalam Taj Mahal.
Oleh kerana dibina atas dasar cinta dan kasih sayang, tempat ini juga dipanggil monumen of love. Makam ini di bina oleh Shah Jahan (cucu kepada Akbar) untuk memenuhi permintaan terakhir isterinya Mumtaz Mahal yang meninggal dunia ketika melahirkan anaknya yang ke 14. Yang saya tidak tahu ialah, rupa-rupanya isterinya, Mumtaz ini sentiasa berada di sisi Shah Jahan. Bukan sahaja di Istana tetapi juga di medan perang selama berbelas-belas tahun. Melahirkan anak juga di medan perang. Oleh itu saya merasakan dia deserve makam yang seindah ini.
Taj mahal ini jika dilihat dari arah mana pun akan nampak sama kerana simetri nya sempurna. Bahan binaan dari marmar putih dan 28 jenis batu yang tersangat berharga drp seluruh dunia. Makam Mumtaz yang sebenarnya jauh dibawah tanah bersama suaminya. Yang ditunjukkan adalah replikanya sahaja. Di kiri dan kanan Taj Mahal adalah bangunan yg serupa bentuk dan ukurannya, Satu dibiarkan kosong dan satu lagi adalah Masjid.
Ada khabar yg mengatakan Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung ke atas arkiteknya Ustaz Ahmad dan memotong tangan kesemua penukang yang membina Taj Mahal supaya tiada bangunan yang menandingi Taj Mahal. Namun kata tour guide kami itu semua tidak betul kerana Taj Mahal itu simbol cinta mana mungkin Shah Jahan sekejam itu.
Saya sangat terkagum dengan seni buatannya. Kisahnya juga membuatkan saya terdiam sebentar - bukan apa, perlu digest informasi. Rasanya Shah Jahan terlalu obsess. Taj mahal adalah simbol obsesinya kepada Mumtaj. Memang patut pun hingga kini merupakan salah satu dari seven wonders of the world.


No comments:
Post a Comment