Tuesday, May 17, 2011

India Fatehpur Sikri --> Agra - Day 4

Pagi itu meneruskan perjalanan sejauh 250km, lebih kurang lima jam untuk ke destinasi seterusnya, Agra.  


Singgah sebentar di Fatehpur Sikri (tinggal 40km lagi utk ke Agra). Di kenali juga sebagai City of Victory dan dibina oleh pemerintah terhebat dalam empayar Mughal - Maharaja Akbar (the Great) pada awal 1570. Maharaja Akhbar terkenal dengan kejayaannya meperluaskan empayar dan juga  kebijaksanaanya sebagai administrator. Pada awalnya pusat pemerintahan berada di Agra (Agra Fort) dan setelah beberapa tahun kemudiannya berpindah disini.






Menurut cerita dari tour guide, Maharaja Akbar mempunyai tiga isteri berlainan agama - Hindu, Kristian dan Muslim yang pada dasarnya adalah utk meyatupadukan lagi rakyat jelata. Didalam Fatehpur Sikri ini, terdapat makam Salim Chisti, seorang ahli sufi yang sangat disanjung tinggi oleh Akbar. Sebagai mengenang jasa beliau yang berjaya meramalkan kelahiran anak lelaki sulungnya - Jehangir dari isteri hindunya, Akbar membina Jama Masjid.

Tour guide menyarankan kami ke makam ahli sufi. Saya sangat keberatan sebenarnya. Apa tidaknya, kami disarankan membeli kain berwarna utk diletakkan atas makamnya dan kemudian diberikan tiga helai tali kuning untuk diikat disekitar makam tersebut sambil berdoa memohon perkara yang diingini. Macam tak betul je ni. 


Sedih melihat keadaan di Fatehpur Sikri ini kerana kotor dan banyak pengemis. Ada masjid tetapi tidak terjaga. Walaubagaimanapun, saya ada menonton satu filem hindi lama berjudul Jodhaa Akbar, lakonan si cantik jelita Aishwarya Rai beberapa hari setelah sampai.Filem ini berkisarkan kehidupan Maharaja Akbar dan Isteri hindunya di Fatehpur Sikri. Tempat ini dihidupkan semula. Sangat cantik. So saya boleh imagine betapa gah nya istana Akbar ini satu ketika dahulu.

Oleh kerana selalu mengalami masaalah air,  tempat ini ditinggalkan. Akbar kembali ke Agra.

No comments: