Saya suka segala-galanya tentang laut. Saya suka bunyi deruan ombak, saya suka rasa angin yang bertiup, saya suka bau udara segar dan saya suka pelbagai warna biru yang dipersembahkan. Saya suka rasa sepi. Tak ada bunyi suara manusia hiruk pikuk. Tak ada aktiviti. Tenang.
Saya faham jika kamu tidak suka laut. Ya. Panas laut, lekit air masin dan pasir, tiada aktiviti, rambut keras dan kulit terbakar. Laut bukan utk semua.
Saya menunggu sunset. Tapi tiada nampaknya. Terlindung awan. Saya dongak, nampak awan mcm kapas.
Esok peluang terakhir melihat sunrise. Tadi lambat. Esok, saya tunggu kamu. For now I let the morning walk photos do the talking.
No comments:
Post a Comment