Menunggu, tertunggu dan ditunggu tunggu untuk ke pantai. Tak tahu pantai yang mana.. akhirnya maldives ketentuannya.
Untuk kali keempat, di pulau yang lain pula. Kali ni sampai lewat malam lelap kat hotel dekat airport. Tak mahu ke Male city, naik feri bagai. Rupanya besar juga island utk airport ni. Ingatkan hanya cukup utk airport dan beberapa hotel.
Jam 9 pagi sudah kembali semula ke airport utk boat transfer ke resort. Yahoo. Dapat check in awal. Jam 10 pagi dah ada bilik. Best best best.
Surprisingly the water is super clean. Bukan apa, yg sebelum ni banyak ranting kayu, daun kering dan seweed. Ini crystal clear.
Melepak saja sampai petang. Berhenti je hujan panas, terus main air laut. Tak snorkel pun. Air pasang, ombak kuat. Yang hebat tu, sebesar2 kawasan depan bilik tu tak ada orang. Umpama berada di kolam renang air masin yg sgt besar sendirian. Hebat perasaanya.
Matahari turun betul betul di hadapan bilik. Tak perlu bersusah payah. Sambil menunggu, berkata dalam hati, bersyukur sangat dapat ke maldives lagi. Moment yang kalau boleh tak nak berakhir.
Matahari turun tanda hari hampir berkesudahan.. terasa kemanisan candy yang terkumpul. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment