Wednesday, April 23, 2014

The Journey: Marilah ke Marrakech, Part 4

Mengagahkan semangat utk menulis. Mari kita. So dari Casablanca ke Marrakech naik train 3 jam. Dalam train cuba tidur dan sambung tonton drama di hp. 

Sampai Marrakech dah gelap. Sepatutnya ada lah supir menunggu dgn kad board di tangan. Hmm.. tak muncul la pulak. So telefon la si Ahmad dari Gomocco travel agent. Di suruh nya tunggu sahaja nanti assistant nya datang pick up. Iyolah.

Perut dah nyanyi lagu keroncong buat Ana. Penat tak terkata lah kan. Entah mana la si assistant supir ni. Train station nya punyala besar dan byk fast food outlet. Mahu saja ku makan McD.

Sampai juga akhirnya si assistant supir terus dibawa naik van ke Riad Rime di old medina. Di minta juga baki bayaran utk tour esok pagi. Pick up jam 7.00 pagi. Kemudian seorang pak cik tua yang membawa umpama kereta sorong, mengangkat beg kami yg cuma 2 itu dan menyuruh kami ikut nya ke riadh. Tak la jauh mana pun, tapi pok cik tu nak juga kami bayar extra since dah malam. Iyolah.




Sampai di Riad Rime, meluruskan kaki sebentar. Cantik kan deco nya. Kelas. Walaupun sempit dan basic sahaja. Gabungan colour terang contrast. 

Malam itu ke Djemaa El Fna Square. Ia umpama Sure Heboh karnival kot. Macam macam ada. Meriah sungguh. Ada pertunjukan wayang, sempena festival filem katanya. Hanya valid diwaktu malam. Siang harinya bertukar jadi laluan utama.

Makanan pelbagai macam digerai-gerai yang bernombor. Kami ke gerai nombor 36 kot. Dinner malam tu sosej dan kambing bakar dan roti.




Ada juga persembahan silap mata, ular, muzik dan game. Macam macam ada. Tapi tak snap bagai. Entah kenapa. Kepenatan kot.




Bersambung.. 

No comments: