Day Two
I was like waking up every hour. Risau tak terbangun sebenarnya, plus bunyi bising di luar jalan raya. Get ready and off to the street at 6.45 am (3.45 am M'sia). Mlm tadi dah google pick up point, which is about 2.2 km from hostel. Nasib baik hari pun dah cerah sedikit. Melayan suasana pagi berjalan kaki dan menghirup kopi. Sampai juga on time setelah bertanya kepada dua strangers.
Dalam bas kebanyakkannya Aussie (saya rasa) yg warga emas dan juga dua couple india. Tiada solo traveler hanya saya dan dari malaysia.
Sydney Opera House and Sydney Harbour Bridge
Pagi-pagi sudah ke sini. One of must visit tourist spot in Sydney. Tiada makna jika ke Sydney tetapi tidak ke sini.
Manly Beach
Utk ke Manly beach, cara yg paling cepat sampai ialah menaiki feri about 30 mins. Ini kerana hanya ada satu laluan jalan raya utk ke sana. Kalau hari bekerja sudah tentu jam. Sesiapa yang suka surf, Manly beach adalah jawapannya. Menurut sejarah, surfer pertama di Australia adalah wanita dari hawaii. Tidak lah hebat pantainya, tapi suasana nya meriah kerana ada playground utk kanak-kanak, bola tampar dan sufer utk yg dewasa. Setelah sejam, pulang ke city.
Circulay Quay and The Rocks
Dalam bus, ada yg half day tour, ada yg full day, ada yg lunch di captain cook cruise, ada yg akan ke aquarium. Saya full day tour tapi tiada add on. Maka saya pilih utk turun di Circular Quay dan akan di pick up semula jam 1.40pm. Ada dua jam utk pusing pusing. Saya berjalan sehingga ke area the rockS. Flea market nya menarik, juga bangunannya gaya lama.
Lunch @ Pancakes on The Rocks
![]() |
google pix |
![]() |
Mine, the icecream choclate already melted to the side, baru ingat nak snap photo :) |
![]() |
I have tried hard to finish it, but its meant for two :) |
Saya singgah di Pancake at the Rock. Katanya pancake nya wajib di cuba. Sampai disana, kena queue pula. Nak take away tidak boleh. Sabar dan berdebar-debar. Dengan pantas saya order dan tunggu pancake sambil melihat-lihat sekeliling. Ala-ala chilies suasanyanya. Wah hebat pancake yg sampai. Juga besar hidangannnya. Dua keping buttermilk pancake bersama choc icecream, pisang dan kekacang plus sos choclate. Pancake masih panas, superb dimakan bersama icecream. Oh yummmy yummy. The best pancake I ever had in my life.
Opera House (again), Mrs Macquaries chair and The Gap
![]() |
me in black :) |
![]() |
Mrs Macquaries Chair |
![]() |
The Gap Viewing Platform |
Sesi petang, ada penumpang baru ada yang sudah pulang. Melalui opera house sekali untuk ke Royal Botanic Garden. View opera house di lookup pointnya memang cantik. Ditaman ini juga terkenal dgn Mrs Macquaries chair yg mana ianya tempat duduk favourite isteri Gavenor utk melihat harbour. Menantikan kapal utk pulang ke London.
Bondi Beach
Kemudian ke Bondi beach. Tempat yg lebih famous and happening, compared to Manly. Ramainya orang. Hari sabtu kan. Cuaca pun panas terik, memang mereka suka berjemur. Happening sungguh tempat ni.
Pulang semula ke city melalui oxford road (deretan kedai utk bershopping bagai utk designer item), King Cross (red light district dgn signage coca cola yg besar), William street (yg mana di waktu mlm byk mak nyah) dan satu lagi jalan yg saya tak ingat namanya yg terkenal dgn gay dan lesbian street.
Turun di central lebih kurang jam enam dan terus ke hostel. Makan malam maggi indomi yg entah kenapa terasa sedap la sgt. Maybe combination lapar + penat. Menaip pun sampai tertidur. Half mlm tadi, half pagi ni.
Hari ni tour ke Blue mountain dan Wild life. Perlu bersiap sudah :)
Location : 61-65 Regent St, Chippendale NSW 2008,
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment