"When we find inspiration, we need to take action for ourselves and for our communities. Even if it means making a hard choice, or cutting out something and leaving it in your past." - Aron Ralston
Teruja dan beria-ia mahu menonton filem ini. Dua kali ke sunway, kedua-dua kalinya panggung rosak. Tidak putus asa. Ke Subang utk menontonnya. Kisah benar yang di tulis dan diterjemahkan ke filem. Tentang kemalangan yg berlaku ke atas rock climber - Aron Ralston di Blue John Canyon, Utah. Hari yang biasa, menjadi malang apabila dia terjatuh dan tangannya tersepit di celah batu. Bayangkan, terperangkap sendirian tanpa apa-apa selama lima hari. Kita di bawa menyelami hari-hari yang suram penuh kesengsaraan. Akhirnya, Aron mengambil keputusan memotong tangannya sendiri. Ngeri sungguh. Saya terpaksa tutup mata.
Movie ini memberi peringatan kepada saya utk tidak menlengah kan panggilan ibu dan jangan suka menghilangkan diri. Sayang, saya merasakan filem ini boleh jadi lebih baik.
Saya menonton filem Repo Man tahun lepas - kind off terpaksa. Di paksa utk meneman. Cerita yang sangat merepek. Tetapi kerana ada Jude Law - layan je lah. Kisah masa depan di mana artificial organ yang canggih dan mahal boleh di beli secara kredit. If you don’t pay the bill, seseorang akan datang dan merampas organ tersebut tanpa belas ehsan. Orang itu adalah repo man. So, Jude Law adalah salah seorang repo man dan nasibnya berubah apabila dia terpaksa menggunakan organ artificial dan dia tidak mampu membayar hutang nya.
Movie ini sangat kejam. Bayangkan jika organ palsu itu ialah jantung, maka repo man akan merobek dada orang itu utk mengambilnya semula. Tidak ada moral dan makna.
Repo Man dan 127 hours, cerita yang berlainan tapi punya elemen yang sama. Saya teringat pada cerita repo man kerana ia juga kisah memotang anggota badan dengan kejam. So pada teman saya yg memaksa - now we are even :)
No comments:
Post a Comment