Monday, November 08, 2010

Sunday Morning with Grandma

It’s been a while not visiting Grandma. So, on Sunday I make a point to go before Raya Haji. She’s look tired but happy to see me. I spent more than 2 hours just listening to her stories. Nenek boleh ingat semua cerita-cerita dulu. Kadang-kadang sebenarnya she’s been repeating the same stories :) Her favorite stories are about my late grandpa, my late dad and about us when we are still young, green and silly.

This year, grandma will be 85 years old. Alhamdulillah nenek masih mampu jaga diri sendiri, walaupun kaki sudah tidak segagah dulu. Ingatan nenek masih bagus, cuma agak kurang dengar. Nenek kata tinggal satu juzuk lagi dia akan khatam Al-Quran. Dia bersyukur mata masih dapat membaca walau kurang jelas.

Antaranya, Nenek bercerita tentang asal usul kedai runcit yang sekarang dijaga oleh mak. Katanya arwah atuk sanggup mengadai tanah untuk fund arwah bapak beli kedai itu yg berharga RM700 (oh… waktu tu besar nilainya). Mujur sebahagianya arwah bapak pinjam MARA. Kedai runcit itu adalah satu satunya pusaka arwah ayah yang masih memberi rezeki buat kami. Kata nenek arwah bapak beli kedai itu sebelum kahwin dgn mak. Arwah memang mahir buat rempah giling. Kalah kedai mamak. (Tapi sekarang ni mana ada rempah giling lagi daaa, semua serbuk).

Selalunya, macam tu lah bila visit nenek. Dia hanya mahu didengari. Tidak perlu masak segala.. dia tak makan. Dia hanya makan makanan yang dia masak. No outside food allowed :D. Semoga nenek panjang umur dan sihat selalu.

No comments: