Friday, November 19, 2010

Pecah kaca Pecah gelas


Saya membaca article Pecah kaca pecah gelas di The Malaysian Insider. Teringat kisah lama berbelas tahun sudah. Memang betul, waktu itu tiada hp, tiada sms, email apatah lagi skype dan video call. Kami berbalas message melalui org tengah. Kursus dan kelas yg berlainan menambah sukar. Tetapi membolehkan kami low profile.

It was love at a first sight for both of us. I saw him from a class photo and immediately asked my friend about him. My friend hates him so much. Katanya budak nakal dan sombong. But, somehow I was attracted to him.

Esok nya rakan saya dgn sungguh excitednya memberitahu he asked about me too :) I was sooo surprised. Mcm tak percaya kan, but it’s true. Dia nampak saya menuggu bas utk pulang ke hostel. Kebetulan pada waktu itu dia bersama rakan saya.


Oh.. the rest was a history. Menulis adalah cara kami berkomunikasi. Nota pendek, nota panjang, kad raya, kad good luck dan surat. Itulah caranya utk kami berhubung. Tiada teknologi. Life was simple. Waktu itu student yg menjual bunga, kek dan chocolate boleh jadi kaya. Betul.

Pak Lah café dan pantai adalah tempat kami. Selalunya kami akan bertemu setelah dia selesai dgn aktiviti berbasikalnya ataupun badminton. Waktu menunggu, saya sudah kan dengan membaca komik pedang setiawan dan raja rimba. Suka betul saya dgn kedua-dua komik itu. Entah ada atau tidak lagi komik ini sekarang.

Saya kira menulis dengan pen dan kertas adalah lebih personal. Tulisan tangan adalah unik dan berlainan untuk setiap individu. Effort bersusah payah mencari posmen dan posmen yg tidak boleh di harap juga menambah value. Kalau marah sgt boleh guna pen merah dan capital letter :D

Buat arwah, al-fatehah, semoga berada di kalangan orang yang beriman.

No comments: