Friday, May 01, 2009

meow meow


Malam semalam saya berborak tentang Kucing dan Ikan.


Sebagai kucing, secara semula jadi mereka memang makan ikan. Persoalanya, apabila si kucing telah berkeputusan untuk makan satu jenis ikan sahaja, adakah mereka benar-benar boleh berbuat demikian? Atau memang secara genetiknya sudah ada pada diri kucing itu, pada pemikiran kucing itu mahukan pelbagai jenis ikan.


Rakan saya itu, yang juga adalah kucing, berkata semua kucing mahu makan ikan. Pelbagai jenis ikan. Yang memungkinkan si kucing hanya makan satu jenis ikan adalah kerana tidak ada OPPORTUNITY untuk makan ikan yang lain. Sekiranya ada, mereka pasti mahu makan ikan lain (dan dalam masa yang sama makan ikan yang sama).


Akan tetapi, sebelum rakan saya menutup ceritanya, dia berkata, masih ada segelintir kucing yang memperoleh opportunity tetapi tidak makan ikan lain kerana mereka telah kenyang. Dan menurut rakan saya, kucing makan ikan tiada kena mengena dengan cinta. Sebabnya kucing memang suka makan ikan.


Hahahahaha saya tertawa. Aduhai.


Saya bukan kucing. Jadi saya tidak tahu apakah yang ada difikiran dan yang dimahukan oleh kucing.


Apa kata kucing yang lain?


Kesimpulannya : KUCING MANA YANG TIDAK MAKAN IKAN?


Haaaaaaaaahahahhhhaaaaaaaaaaaahhahahaaaaaa. Ketawa besar saya.


Hari ini saya nak makan ikan goreng lah :-p. Jom

1 comment:

gerg said...

loh leh jadi bahan ko kucing :D