Monday, May 25, 2009

Krabi









Ke krabi tanpa perancangan dan expectation, sangat menyenangkan. Last minute decision, turns out to be a pleasant and care free journey. Saya lari dari kebiasaan. Just what I need.

Tanpa itinerary, tanpa check in luggage, memudahkan urusan dan membuat saya selesa. Saya hanya book hotel dan transfer. The rest go with the flow. I thought krabi is an island. Tidak rupanya. Lebih kurang PD sahaja.


Half day di habiskan dengan Island hopping – Phra Nang Cave – Tup Island - Chicken Island dan Poda Island. Poda Island adalah yang tercantik.


Petang itu di teruskan dengan aktiviti massage. Banyak sungguh pilihan utk bermassage. Harga lebih kurang. Nasib baik pilihan yang di buat adalah tepat. Hampir empat jam saya habiskan masa di situ. Satu jam utk aromatherapy massage, satu jam utk back, shoulder and head massage, satu jam untuk pedicure and medicure dan akhir sekali wash and blow rambut. Total semua Bhat 1150…. Lebih kurang RM 120… mana nak dapat kat KL. Hehehe


Tiada sesi makan-makan kerana makanan halal tidak dijumpai. Makan maggi, roti dan buah sahaja. Apa pun, mungkin saya tidak ke krabi lagi. Saya mahu ke tempat yang lain pula.

No comments: