Friday, December 14, 2012

Fascinating Istanbul, Turkey

20 - 22 Oct 2012

Day One


Istanbul is very fascinating city. The mixture of culture, people and history brings color to the city. Its different but not too much like India whereby everything was extra - overwhelmed.

First of all, Turkey itself is in the middle of everything - Europe, Asia, Middle East and not too far Africa.


Then Istanbul - is in the middle between Europe and Asia. Cool kan. Very interesting destination to be explored. Pernah menjadi ibu negeri bagi 3 buah empayar besar - Empayar Rom, Empayar Byzantine dan Empayar Uthmaniyyah. Istanbul adalah nama baru, dahulunya juga dikenali sebagai Constantinople dan Byzantium.


MH flight arrived on time. Early in the morning. Go through the immigration and heading to city centre by train. Oh! me confused. I read the replied email from the hotel wrongly. Saya tanyakan apakah train/metro station yang terdekat dengan hotel. Tapi reply yang di berikan adalah station tram yang terdekat. Nak jadi cerita, nama station untuk tram dan train adalah sama - Aksaray. Jadi berpusing-pusing lah dengan bag yang berat itu. Hmmm....

Early check in dan rest sebentar sebelum meneruskan langkah kaki ke Ayasofya  dan kemudiannya Blue Mosque atau Masjid Sultan Ahmed. Boleh tahan jauh juga dari hotel, tapi tidak terasa sangat kerana sambil melihat-lihat persekitaran.

Queue yang sangat panjang untuk masuk ke museum
Ayasofya : Once a church, later mosque, now museum




Blue Mosque








Obelisk berhampiran Museum

Berkeputusan tidak masuk ke Masjid mahupun muzium itu kerana terlalu ramai orang. Hanya ambil gambar sahaja. Kisah tentang Obelisk yang menarik juga.

Si penjual ice cream ni menarik hati. Pelbagai 'action' dilakukan sebelum saya dapat ice cream kon tersebut. I think dia dah teror habis. Manakan tidak, trick yang sama digunakan untuk setiap customer. Anyway, its entertaining :)

Next : Grand Baazar - memang grand



Percaya tak, saya hanya melihat-lihat sahaja. Tapi tidak membeli. Macam-macam ada dan sangat besar. Boleh sesat. Entah kenapa saya tidak selesa. Si jurujual sibuk suruh membeli. Nak melihat dan pegang pun takut. Mengingat kan saya kepada petaling street. Tapinya saya juga sudah tahu, harga di Grand Bazaar sangat mahal. Berkali ganda.

Masa di hotel, ada mengambil beberapa phamplet tentang tour dan tempat menarik di Istanbul. Yang agak menarik bagi saya (mungkin) adalah tarian mereka yang di kenali sebagai Whirling Dervishes. Macam  menarik la kan.  Singgah di salah satu kiosk kebab utk lunch :)


Terlalu banyak kedai dan restoran kebab. Al-maklumlah kan makanan rasmi mereka. Sedap. Baru betul, makan kebab di negara asalnya. Mengingatkan saya kepada Italy, yang mana si penjual kebab itu bercerita dengan saya kisah kampungnya di Istanbul :) Banyak juga gerai kecil menjual buah berangan, jagung bakar dan roti seakan auntie anne.

Next - Spice Baazar



Lebih kurang sama dengan grand bazaar, cumanya lebih kecil dan fokus kepada rempah ratus.







Next - Nostalgic Bosphorus Tour







Sepanjang cruise, banyak tempat-tempat tingalan sejarah dapat dilihat. Saya kira, this is the best way to see Istanbul history from far. Cruise berhenti di beberapa destinasi dan saya boleh turun jika mahu. Tiba di station yang terakhir, perlu turun untuk beberapa jam.

Turun dari cruise, saya ternampak signage untuk ke Yoros Castle. Nampak mcm menarik. Tambahan tiada apa yang lain boleh dibuat. Maka memulakan pendakian ke castle. Punya lah jauh, boleh tahan curamnya. Rasa mahu berputus asa pun ada. Tapi dah half way.


Yang kecewanya, tak adalah apa sangat kat atas tu. Cuma pemandangan di atas. Castle pun macam tak castle. Rasa tertipu je. Masa turun, saya mengira bilangan orang yang naik. Banyak juga. Kesian... mereka juga tertipu.

Terasa penant gila. Tak sabar mahu pulang.






Day Two

Pagi-pagi lagi saya sudah bangun. Tetiba, hanya saya yang mahu ke Ayasofya dan Masjid biru semula. Hmmmm... tak mengapa. Lepas breakfast, terus saya keluar sendirian. Mahu cepat sampai kerana tidak mahu beratur panjang.

Perjalanan menuju Ayasofya
Entrance Ayasofya
Pintu Masuk



 





Saya seakan speechless melihat di dalamnya. Sangat gah. Sangat impressive.  Tinggalan kesan gareja masih juga terlihat.

Kemudian saya ke Masjid Biru.

Queue dah mula panjang




















Terkagum sangat saya melihat seni bina kubah nya. Sungguh.

Next - The Basilica Cistern

Tak jauh dari situ terdapat satu lagi tinggalan sejarah. Di bina semasa empayar Byzantine. Sistem saliran air bawah tanah.

Yang menarik nya terdapat due kepala Medusa di dalamnya. Tidak diketahui ianya diambil dari mana dan bagaimana.







Next - Strolling along Bosphorus Bridge





 


Menyeberanginya, menandakan saya telah sampai ke sebelah Asia. Nothing much on Asia side (i think). Ramai yang memancing ikan di sepanjang jambatan.

Dalam berjalan pulang, terserempak dengan satu restaurant yang ada membuat persembahan tarian Whirling Dervishes. Maka setelah itu berkeputusan mahu menontonnya malam nanti, lantas terus booking meja yang paling best. Stelah itu pulang semula ke hotel, rehatkan kaki.


Malam itu mengagahkan juga berjalan semuala ke Sultanahmet. Show start pukul 8.00 malam (bersamaan 1 pagi di KL). Aduhai, merasakan berperang untuk membuka mata. Ngantuk gila. Dalam plane malam sebelumnya pun tak boleh nak berapa lelap. Hanya mampu menyuap sedikit manisan turki - baklava. Itu sahaja. Tak lama selepas itu show pun bermula.







Tarian ini adalah tarian keagamaan sebenarnya. Mereka akan berpusing pusing setempat tanpa henti dengan laju. Kalau kita mesti bingung dibuatnya. Sungguh. Tapi mereka ok je. Katanya, tarian ini mendekatkan mereka kepada Tuhan. Apabila mereka berpusing pusing, subconscious mind mereka semakin peka. Oleh itu, mereka lebih dekat dengan Tuhan.

Sebenarnya, saya melawan mata untuk berjaga. Maka, tak berapa nak beri tumpuan :) Habis selesai show, bergegas mahu pulang. Kali ni naik tram sebab tiada daya nak berjalan kaki sudah.Tak berapa mahal pun sebenarnya. Tapi tidak suka bersesak bagai.

Habis eksplorasi di Istanbul. Tidak sempat ke Tokapi Place :( Esok pagi terbang ke Athens

No comments: