Sunday, July 01, 2012

A Place I Called Home is

now 5 years old :)

Terasa mahu ke belakang dan berkonsi cerita tentang apartment yang saya beli pada Feb 2005. Bukan apa, office sedang di makeover setelah 13 tahun. Excited dengan perubahan setakat ini. Berdebar debar juga. Di tambah lagi tuan punya office mahu di surprise :) Harap-harap apa yang di rancang dan diimaginasikan menjadi kenyataan.

Entry ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Intention hanya mahu berkongsi kisah. Masa beli, masih tiada ada apa-apa yang telah atau sedang dibina. Kosong. Cuma ada rumah contoh. Sebenarnya gerun juga, apa lagi mendengar kisah-kisah developer yang tidak menyiapkan rumah on time. Waktu itu pun bukan lah berkeperluan sangat mahu rumah, tapi dalam hati mahu punya rumah sendiri sebelum cecah 30 tahun :) 

No one realizes how beautiful it is to travel until he comes home and rests his head on his old, familiar pillow. ~Lin Yutang~ but i love my old familiar pillow :p

Penat rasa menyewa pun ada. Kalau diingat dah jadi kelakar. Apa taknya, antara kisah yg paling terkesan ialah dipaksa pindah oleh tuan rumah dan kemudiannya dalam kelam kabut tu terpaksa menyewa bilik tapi tak sampai seminggu kena halau, kononnya too crowded. Bayangkan, rasa macam lost, sebab tidak tahu mahu ke mana. Nak cari rumah yang mampu di sewa bukan mudah. Tapi tak pe. Alhamdullilah. Itulah pengalaman kan. Pindah dua kali dalam masa sebulan :)

Berbalik kepada cerita asal, as early bird, dapat lah additional satu lagi aircond dan dapat memilih apt yang hujung sekali, punya space sedikit. Pilih package fully furnished kerana rasanya lebih mudah. Location pun bagus, dekat utk melawat arwah nenek, dekat utk pulang ke kampung dan dekat dengan office (apabila jalan short cut siap dibina). 

Banyak urusannya bila beli rumah ni rupanya. Lepas bayar deposit, bersiap sedia dengan 10% down payment, lepas tu mencari saudagar bank dan akhirnya sang lawyer. Oh bayaran nya juga lumayan. Nasib baik beli yang belum di bina, makanya monthly installment pun ikut progress development.

Ready for some touch up

Akhirnya, May 2007 siap sudah terbina. Apa lagi, mula lah kerja-kerja installation dan lain-lain. Serius steress gila. Semuanya perlu decide dan handle sendiri. Nasib baik dapat Uncle Danny - si Kontraktor yang tidak sangat berkira (oh mungkin juga dah masuk dalam bill). Setiap kali ada barang yang mahu di hantar atau diinstall (dari perabut, barangan elektrik, aircond, grill dsb) dialah yang tolong lihat dan QC. Kerjanya juga pantas, dari cat mengecat, tiles, cornish hinggalah perkara remeh sekecil mentol semua disiapkan.

In the making

Rasa puas hati, excited dan lega bila selesai. Alhamdulliah. Allah permudahkan urusan saya. Banyak $$ juga yang saya habiskan. Itu pun dah cuba berjimat gila dan rumah ni pun kan fully furnished.


Nothing much changed since then - house warming, raya Oct 2007

Now sebab dah lima tahun, sampai masa untuk maintenance dan spring cleaning. Balik dari Italy, checked mailbox dapat surat cinta. Surprise. Dari sang lawyer dan developer. Perlu bayar RM2,000 untuk settle kan - Perfection of Transfer. Hmmmm... begitulah kan. Apa pun, I'm grateful :)

No comments: