9 Nov 2011 to 13 Nov 2011
 |
Love the reflection @ the lake |
Five days journey to the forest makes me realised all the basic ingredients of living. A humble yet full of flavour. I have yet to share the photos and story and here it goes:
Day One and Two
Travel by van that night entah kenapa seems like forever. Rasa macam naik Catamaran. Tak sampai-sampai. Finally arrived safely early morning and after breakfast check out Jabatan Perhilitan Perak to take our permit and finalised our itinerary.
 |
Belang Belong turns into Belum |
 |
Jadi student for an hour :) |
 |
The resort - nice and comfy |
|
|
|
|
|
 |
Checking aroud the resort, rafting anyone?
|
 |
I want to see Rafflesia, please |
 |
The House Boat |
 |
Like the brown shade |
 |
Boat ride for night watch, hoping to see elephant and tiger maybe? |
Malam itu tidak dapat melihat apa-apa hanya kedengaran ranting patah dek gajah. Torch light kurang power, tried hard to spot any creatures but unsuccessful. Pulang sedikit hampa.
Day Three
Awal pagi, menaiki 4x4 untuk ke rumah orang asli. Lebih kurang sejam lebih. Cuaca terik, tetapi bernasib baik duduk di sebelah driver (psst... ada aircond :)
 |
The road, nak isi petrol pun kena ada skill :) |
 |
The kids @ school |
 |
Smile :) |
Ada kisah yang mencuit hati apabila sampai di rumah orang asli. Ya lah.. perjalanan agak jauh dan jalan tanah merah agak teruk. Bila sahaja sampai di rumah orang asli, jalan bertukar tar. Macam ada magic. Kami tidak terus turun apabila sampai. Saya tidak turun kerana melihat-lihat pada anjing yang agak banyak. Takut juga digigit nanti. Jadi, menantikan rakan-rakan di belakang turun dahulu.
Tetiba, Pak Samad si ketua kampung terus menyambut kami dengan kata-kata yang kuat dan amat manis sekali - ' Kalau tak nak turun baik balik aje'. Haha... terbaek lah. Terus lintang pukang kami turun.
Seorang rakan juga terkena kata-kata manis Pak Samad apabila cuba meminjam pen utk menulis di guest book - 'Saya ingatkan kamu sekolah tinggi tinggi tahu bawa pen. Karang kalau saya sambung cakap lagi marah pulak'...hehe..
Selesai semua, kami pulang ke resort dan packing. Malam ini kami tidur camping style di Sungai Enam Base Camp. Singgah sebentar di town utk membeli makanan mentah utk makan malam dan breakfast. Kemudiannya menaiki bot dan diteruskan dengan trekking lebih kurang sejam. Nak kata sukar sangat tidak lah. Masih boleh handle. Cuma sebab dah malam dan baru lepas hujan, kurang selesa, hati terasa mahu cepat sampai.
Malam itu kami masak ayam masak merah dan sayur. Pak Long yang menjaga camping site, dengan baik hati membersihkan ikan sungai utk digoreng sebagai lauk tambahan kami. Kalau tak silap namanya ikan ayam. Sembang-sembang dengan Pak Long, tentang hutan.
Sungai Enam memang basic habis tapi at least masih ada toilet dan tempat mandi. Itu sudah cukup bagus buat saya. Malam itu kami tidur di camp bed beramai-ramai. Entah. Mungkin penat atau mungkin kerana bunyi air sungai, tidur saya sangat nyenyak malam itu. Terpaling nyenyak seingat saya. Betul. Sampai sekarang saya masih ingat.
 |
My 5 star bed in blue...ZzzZZ |
Day Four
The next morning, baru boleh lihat dengan jelas disekeliling camp site.
 |
Back to Basic |
 |
Bilik air dengan hiasan keladi. Hebat dan real. |
Pagi itu, kami terlambat bangun dan Pak Long sudah siapkan sarapan pagi kami - nasi goreng. Malu juga. Roti yang kononnya nak buat sandwich masih di atas bot. Lain rasanya menikmati kopi kampung kaww di waktu pagi di dalam hutan. Ada feeeel sikit.
Kami meneruskan perjalanan dan berharap untuk melihat sang burung engang aka hornbill.
 |
Mengingatkan saya kepada Mulu, camp 5 |
 |
I feel calm |
 |
Yeay! Jumpa juga, tapi jauh nun. |
 |
Iklan: Gunakan KAPS untuk membunuh sang pacat |
Naik bot, turun bot. Begitulah kami sepanjang trip ini. Bak kata tour guide kami, asal naik bot hujan, asal hujan, naik bot :) Cuaca tidak menentu. Tiba-tiba hujan boleh jadi lebat gila.
Kerana dek rumah orang asli yang terdahulu agak sudah moden, kami
meneruskan misi ke rumah orang asli yang lebih asli. Oh ya. Kalau ke
rumah orang asli, jangan lupa bawa buah tangan. Nasib baik sampai sahaja di sini, hujan reda. Lihat lah kehidupan mereka.
 |
Basuh pinggan pun ada view :) |
 |
Manisnya senyumanmu |
 |
:) |
 |
I have lots of stories to tell, care to listen? |
 |
Sukan selepas hujan |
 |
My attempt to be Angelina Jolie :D |
Selesai tugasan, kami menaiki bot menuju Sungai Papan, Royal Belum. Air tasik bertukar hijau. Cantik dan tenang.
 |
Spot the King Fish |
 |
This is one of the offices, can you imagine working here? |
Sampai semula di resort, kami kelaparan bagai. Makan malam tak ingat. Semua terasa sedap.
Day Five
Kami bergerak awal pagi itu. Mahu bertemu si cantik manis Refflesia dan berkelah di air terjun. Seperti biasa, kami naik bot :)
Untuk sampai ke air terjun, perlu trekking. Biasalah saya. Habis moziguard saya sembur satu badan. Takut pacat. Tapi bak kata rakan saya, masuk hutan kononnya untuk jumpa flora dan fauna, tapi sembur satu badan nak menghalau serangga. Tak ke tak berapa betul tu.
 |
Sira Gajah |
Dalam perjalanan, terdapat kesan laluan gajah dan juga poo mereka yang masih agak fresh bersepah-sepah. Kami berjalan perlahan kerana risau in case we bump into the wild elephant. Sira Gajah / Salt Lick adalah kawasan di mana terdapatnya garam mineral yang diperlukan oleh gajah dan juga haiwan yang lain untuk diet dan pemakanan seimbang mereka. Mereka akan berkunjung untuk menjilat mineral ini.
 |
Refflesia: Tiada yang kembang, hanya kobis nya sahaja. Sedih. |
 |
Cendawan hutan |
Selesai sudah, kami pulang ke resort dan melepak di House Boat. Boleh memuatkan maximum 16 orang. Package 2D1N include fishing, kayaking, picnic etc.
Check it out.
Sepanjang saya disini, ramai sungguh pelancong luar. Berbas-bas yang datang. Saya kira, ini adalah satu kelebihan Malaysia. Rugi kalau tidak pernah ke Taman Negara. Paling tidak, mesti cuba sekali seumur hidup. Berbaloi :)