Saturday, August 20, 2011

Rasa Kelabu



Saya merasakan banyaknya yang saya terlupa. Pada setiap dugaan, saya kerapkali lupa berdoa. Saya simpankan sahaja. Padahal Allah menunggu saya untuk  meminta, merayu dan memohon pertolonganNya tiap hari tiap ketika. Dia mahu mendengar. Saya yang tidak mahu membuka hati. Sombongnya saya. 

Someone asked Ali R.A, "How Do We Know That The Problem That Has Come On Us Is A Punishment Or Trial..?"
Ali R.A replied, "A punishment will take you away from Allah, while a trial will take you towards Allah."
SubhanAllah!


Pesan seorang rakan tentang rasa ikhlas: Jangan ditunggu dan jangan dicari rasa Ikhlas itu. Buat sahaja. Lakukan berulang-ulang kali. Jadikan amalan. Insyaallah, rasa itu akan terbit.

Betul bukan? Kalau nak ditunggu datang rasa ikhlas baru nak buat, sampai bila-bila pun tak buat, sampai bila-bila pun tak dapat. Dapat tunggu sahaja. Kalau mencari rasa ikhlas, perlu terus usaha lakukan sampai jumpa rasa ikhlas itu dan bukannya bila tidak jumpa mencari, kita hentikan perbuatan atau amalan. Lagi lah tidak terbit dan jumpa rasa ikhlas.

Hmmmm

No comments: