Sepatutnya tidak jika saya ikhlas. Mungkin rasa ini lebih kepada kecewa.Tetapi terhenti dan berfikir sebentar apabila membaca kata-kata ini
Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati.
Confuse kan. So teruskan membaca perbualan ayah dan anaknya:
Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Tapi kenapa pula? Kita tak buat apa-apa pun kan?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: Blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tetapi kecil hati dengan Allah.
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita.Dan kawan-kawan kita pula cerita pada kawan-kawan lain. Jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Saya: Masih berfikir.
No comments:
Post a Comment