masih berdiri.
hanya dua perkataan itu yang terfikir oleh saya.
saya merasakan tempoh perjalanan itu sangat lama dan kalau saya toleh ke belakang amat jauh rasanya.macam-macam rasa ada – manis, pahit, payau, masam, masin, kelat, tawar dan hangus.
melihat perjalanan untuk sampai ke hari ini itu terasa kepayahannya. pada hari yang sukar, terasa sangat mahu berputus asa. kadang terasa tidak adil kerana melihat yang lain tidak perlu melalui hari-hari seperti saya untuk mencari sesuap nasi. terasa sangat dihati. jatuh berulang kali, disakiti beratus kali dan direndahkan berkali-kali.
tidak apa lah jika tidak dipandang, tidak apa lah jika tidak dihormati dan tidak apa lah jika tidak dihargai. bak kata orang – tak mati dek keji.
saya masih berdiri
saya mahu kenangkan yang baik kerana amat banyak yang saya perlu berterima kasih. jika umur saya panjang, rezeki saya masih di sini, saya akan terus memberi. saya tidak mahu mengambil kesempatan, tidak mahu take things for granted, dan tidak mahu menjadi selesa. saya berharap, yang manis itu berpanjangan, yang pahit itu berkurangan.
thank you for having me. semoga saya lebih tabah kerana
Tuhan maha Mengetahui. Oh ya, selamat mendapat buku catatan yang baru (perfect timing eh)