Monday, June 27, 2011

Being difficult


Percayalah. Saya dan kamu sama sahaja.

Ada kerja yang saya suka buat, ada kerja yang saya tak suka buat. Kalau boleh saya hanya mahu buat kerja yang saya suka.

Kadang-kadang saya mahu datang lambat. Kadang-kadang saya mahu rehat lama. Kadang-kadang saya perlu settle kan personal stuff di waktu office.

Saya mahu company faham saya. Company ikut cara saya. Saya tidak mahu ikut polisi dan prosedur. Saya mahu buat kerja cara saya.

Kalau boleh saya mahu pilih boss saya. Saya mahu pilih staff saya. Saya mahu pilih kawan-kawan saya.

Saya mahu working environment seperti google, saya mahu gaji yang hebat dan saya mahu company beri staff benefit yang lumayan.

Hakikatnya, kita tidak boleh dapat semua yang kita mahukan. Saya perlu lakukan kerja-kerja yang saya tidak mahu. Saya perlu patuh kepada polisi dan peraturan. Kepentingan syarikat adalah keutamaan, bukan apa yang saya mahu. Saya perlu bekerjasama dengan boss-boss saya, staff saya dan rakan-rakan. 

Saya belajar menerima dan mematuhi. Saya cuba adapt. Percayalah, hari saya juga sukar. Setiap hari saya struggle.

Apa kata kamu juga cuba. Please don't be difficult. Tolong mudah kan hari saya. After all, saya dan kamu  sama - si pencari rezeki.

Posted via Blogaway

No comments: