Saturday, February 05, 2011

Tentang Jentayu


Menghadapi minggu yang sukar.

Entah macam mana, pagi ni teringat pada kisah seekor burung- Jentayu

Jika refer kepada kamus Jawi klasik-Melayu-Inggeris yang di susun oleh pendidik RJ Wilkinson pada tahun 1903 Jentayu bermaksud – Seekor burung yang luar biasa yang dipercayai di anugerahkan dengan kekuatan menyeru hujan dan embun. Kononnya sayap burung Jentayu mampu menyembunyikan seorang manusia.

Melalui pembacaan, perkataan Jatayu berasal dari bahasa Sanskrit. Mengikut cerita epic Ramayana, Jatayu ialah seekor burung pemakan bangkai , separuh manusia dan separuh dewa. Jatayu dan Rama bersahabat baik. Pada satu hari, Jatayu yang berada di atas dahan pokok ternampak isteri Rama, Dewi Sita menjerit-jerit di culik, di bawa terbang oleh raja setan yang menakutkan, Ravana. Jatayu dengan rasa tanggung jawab berusaha dengan sepenuh hati melawan dan menyerang Ravana. Oleh kerana telah berusia, Ravana berjaya memotong sayap Jatayu dengan pedang. Darah bercucuran lalu tubuh Jatayu akhirnya jatuh ke tanah dan mati. Sebelum mati dengan keadaan sekerat tanpa sayap dan cedera, Jatayu memberitahu Rama bahawa Dewi Sita telah di culik Ravana.

Usman Awang juga berpuisi tentang Jentayu dalam 11 babak. Juga tentang burung ajaib memerangi garuda jahat untuk melindungi sang Puteri China dan kekasihnya Putera Rum.

Begitulah kesah si burung Jentayu. Membinasakan diri untuk orang lain. Berusaha untuk menyelamatkan walaupun diri terkorban. Ada tak agaknya manusia bersifat seperti burung Jentayu? Mahukah kita menjadi Jentayu?

Mengambil makna kekuatan dan survivor dari lagu Jentayu by Johan Nawawi :)

Di paruhmu kemilauan sinar, Menyepuhi sejuta rasa
Kemulian di hatimu, Bening budi terdampar di jagat raya
Di sayap taufan kau jelajahi
, Awan gemawan membawa rindu
Kasihmu menentangi kezaliman,
Ketidakadilan
Jentayu,
Patah sayap bertongkat paruh
Jentayu,
Patah paruh bertongkat siku
Jentayu,
Patah siku bertongkat dagu
Jentayu,
Patah dagu bertongkat kuku
Pinjamkanlah hatimu, Untuk semua

Selamat Pagi. Minum teh tarik dulu :)

No comments: