Wednesday, January 26, 2011

Tentang Comot


Hari ini saya mahu cerita tentang COMOT.

1. Movie atau Drama Comot

Berlaku dalam drama atau filem melayu. Kisah kekeluargaan. Tentang si anak yang derhaka, Ibu atau bapa yang mendera, isteri atau suami yang curang, kehidupan yang sangat daif dan perbualan yang kasar penuh caci dan maki. Para pelakon harus dalam keadaan serba kekurangan. Muka dan pakaian compang camping.

Saya sangat tidak suka. Rasa bertambah comot fikiran menontonya. Sudah tidak relevan cerita comot sebegini. Ya, mungkin ada lagi si tenggang di luar sana, tapi apa kata beri pengajaran dalam bentuk yang lebih selesa di pandang mata.

2. Makanan atau Pakaian Comot

Berlaku apabila memilih untuk makan maggi in my mug, bubur segera, biskut kering empat segi, roti canai frozen dan segala yang segera. Terasa malas untuk mengambil masa untuk membeli atau memasak, sudah terlalu letih dan hanya mahu tidur tetapi perut lapar dan tidak berselera makan.

Pakaian comot berlaku apabila terlambat bangun, malas untuk berhias, banyak kerja dan tidak ada mood dan inspirasi. Memilih baju yg tidak perlu di gosok, extra size shirt atau yang berwarna kelam dan selamat.

Oh! Ini sangat selalu berlaku kepada saya.

3. Kerja comot

Berlaku apabila membuat sesuatu itu dengan sikap asal siap. Tidak mahu mengambil masa untuk berhenti sebentar, berfikir dan memahami. Tidak faham tujuan kerja dan consequences nya. Pakai hentam buat sahaja. Kesilapan di sana sini dan berulang. Tidak detail dan teliti. Maka hasil kerja nya COMOT.

Saya sangat letih menguruskan kerja-kerja yang comot. Mungkin saya perlu jadi lebih comot. Super Comot. Bagaimana jika salary dibuat dan dibayar dengan comot? Tapi kerja itu adalah satu ibadah. Mengapa harus comot?

pic credit fugly.com


No comments: