Wednesday, December 22, 2010

Hidup Autopilot


Hari beredar seakan autopilot
Berlalu tanpa sedar
Isnin Selasa Rabu
Khamis, Jumaat Sabtu
Ahad seakan sama


Rutin yang sama
Masaalah yang sama
Perbualan yang sama


Kelmarin. Semalam . Hari Ini
Seperti siaran ulangan
Kehidupan tanpa kesedaran
A life without thought


Buka mata, Tutup mata
Untuk perkara yang sama
Siapa yang perangkap
Siapa yang terperangkap dan memerangkap


Ingatkan diri
Job doesn’t own me
People doesn’t own me
Money doesn’t own me


Kadang kadang berangan-angan
Buka mata dan meninggalkan apa yang ada
Bawa diri
Pada perkara yang memenuhkan
Jiwa, Hati dan Perasaan


Perlu Punya keberanian
Perlu Punya ketabahan
Perlu Punya kompas dalam diri


Agar tahu
Bila perlu meneruskan
Bila perlu berhenti sebentar
Bila perlu menoleh kebelakang
Bila perlu berputus asa
Bila perlu mulakan semula


Agar tahu
Melihat hujan itu rahmat
Basah kuyup itu bukan beban
Melihat gelas yang separuh penuh
Kerana yang kosong itu perlu


Ingatkan diri
Agar tidak lupa, mencari syukur pada setiap dugaan Tuhan
Agar tidak buta dan leka, pada semua yang ada
Ingat kan diri
Untuk merendah diri dan menerima


Kata Tuhan
Demi Masa
Sesungguhnya Manusia itu dalam Kerugian

:(

No comments: