
Secara ringkasnya, it’s a five days trekking: camping style, heavy bag and back to nature.8.10.10 Day One : Kuala Juram – Kuala Luis – Lata Luis - Kem Kor (total 13.5 km, 750m)Starting my journey with almost 12kg bag at my back, NOT an easy task. Considering the rest of the team member carry twice heavy, I can’t complain. We crossed 7 river dan saya tidak ada berperasaan sangat utk mengambil tahu tentang pacat yg mungkin masuk di dalam setokin. Terdapat satu sungai yang agak dalam (melebihi paras lutut saya :)) dan kalau tergelincir alahai..... Berdebar-debar juga saya, nasib baik lah ada tali. Sepanjang perjalanan banyak pokok kayu besar yang tumbang dan kami juga melalui air terjun. Tiba di kem kor hampir gelap. Menu mlm itu ayam masak kicap dan sayur kobis. Tiada selera mkn dan mlm itu tidak lena tidur kerana terdengar bunyi angin yg kuat, sangkakan hujan dan teringat yg bukan-bukan. Maklumlah first time tidur camping style.9.10.10 Day Two: Kem Kor – Permatang – Kubang (total 6km, 1406m)Pagi, breakfast nasi goreng dan pack utk tengah hari (tapi tak makan pun). Tercungap-cungap habis semasa mendaki. Tanah licin dan tiada daya membawa beg tetapi di teruskan juga. Terasa semua kederat digunakan utk memanjat. Jatuh beberapa kali kerana licin. Setiapkali bila melihat laluan yang mencanak tinggi, hati saya berkata, boleh ke saya panjat ni. Tapi there's no turning back. Saya gagahi juga. Lega rasa nya bila Jeff kata kita dah melepasi bukit taubat. Jeff sabar habis melayan saya sepanjang perjalanan. Jalan mcm kura-kura. Plan asal sepatutnya kami bermalam di kem Botak. Tetapi oleh kerana tahap kecergasan kami yang tinggi, kami settled di Kubang :) Menu makan malam ayam masak merah dan sayur campur, tapi tak tertelan juga. Malam tak lena tidur kerana badan terasa sakit dan teman bersebelahan, kiri dan kanan tidur terlalu rapat, saya rasa suffocate.10.10.10 Day Three: Kubang – Berlumut – Bonsai – Botak – Summit - Botak ( total 12.5 km, 2,187m)Pagi itu kami breakfast mehoon goreng. Perjalanan semakin mencabar. Akar-akar kayu yang besar menyukarkan perjalanan. Ini tak termasuk jerangkap samar jalan lecak. Dah tak terkira byk nya kali kaki terbenam dlm lecak. Jalan pun dah tak betul, tak stabil. Pakai jalan sahaja. Tak fikir jln yg paling mudah. Makan power bar / gel pun mcm dah seakan tak memberi effect. Tengah hari berhenti utk sandwich.Dalam perjalanan ke botak, kaki rasa dah tak mampu nak berjalan. Lutut dan kuku kaki sakit tak terkira. Sakit nya Tuhan sahaja yg tahu. Saya tahan kan saja. At this point, Zainal offer to carry my bag. Pada mulanya saya keberatan kerana saya tahu bag Zainal beratnya lebih 20kg. Tak kan saya nak beban kan dia lagi, but Zainal insisted. So, I let go my bag and I cried. Saya menangis kerana rasa sakit yg tidak tertahan dan kerana terharu melihat Zainal berlari membawa beg saya yg berat itu. Kemudian, saya lihat Jeff pula yang membawa beg saya. Terharu saya dengan mereka.Saya meneruskan perjalanan, berjalan perlahan-lahan. Pemandangan di botak, membuat kan saya terkedu. Kelihatan gunung-ganang disekeliling. Terasa kecil dan insignificant diri ini. The last time I felt the same thing was when I lost in the blue sea.We settled at Botak campsite around five pm. Khemah di pasang supaya semuanya sudah sedia apabila turun dari puncak. I have doubt that I can make it. I asked Zainal few time, the same question. My worry is that I become a liability to the group. Nekad kan hati utk teruskan perjalanan ke puncak. Sudah tidak jauh, tetapi rasa tak sampai-sampai.Akhirnya, sampai juga kami. YEAY!!! Tak tahu nak kata rasa apa.Malam itu kami makan daging masak lemak dan telur dadar. Pun tidak berselera makan walaupun suhu sangat sejuk. Mungkin sebab terlalu penat. Hanya beberapa sudu sahaja yang boleh ditelan. Malam, terasa betul sejuk dan saya tercungap-cungap bila tidur. Saya terbangun byk kali. Kaki terasa kebas. Saya ingat kan kaki saya hilang… hahaha.. rupanya kebas. Tengah mlm itu, sambil duduk mengurut kaki yg kebas, saya perhatikan rakan-rakan saya. Mcm-mcm saya fikirkan.11.10.10 Day Four: Botak – Bonsai – Berlumut – Kubang – Permatang – Kem KorPagi itu, breakfast bubur nasi keledek dan cekodok putih. Perjalanan pulang masih jauh. Doa saya dalam hati semoga kami sampai dengan selamat, biar pun lambat. Sepanjang jalan, mcm-mcm cerita ada. Saya dengarkan sahaja. Terhibur.Langkah saya semakin perlahan. Rakan-rakan decided to distribute isi kandungan bag saya among each other. I walk slowly without my bag for a while and then we stop at camp site for lunch – maggi. Our porter offered me his sambal tempoyak. If u knew me well, saya memang tak makan sambal tempoyak/belacan. But because of his persistent, I tried and somehow like it. Rasa ikan bilis goreng dan bawang membuka sedikit selera.Perjalanan diteruskan. Hari sudah gelap dan hujan pun turun. Saya terjatuh terlentang dua kali kerana licin. Rasa takut pun ada. Kami selamat sampai di kem kor. Semua kelaparan. Mungkin ular yg dtg ke khemah kami pun lapar :). Nasib baik patukan ular itu sedikit sahaja dan tidak bahaya. Menu malam itu bihun tomyam. Semua duduk di dlm bulatan menantikan tomyam yg sedang dimasak. Malam itu saya tidur beralaskan akar kayu. Sakit. Tidak boleh tidur. Mujur tengah mlm itu kami beralih tmpt.12.10.10 Day Five: Kem Kor – lata Luis – Kuala Luis – Kuala JuramHari terakhir. YEAY!!! Tidak sabar rasanya untuk pulang. Pagi itu kami breakfast nasi lemak sotong. Jeff bantu saya bawa sleeping bag, camera dan baju sejuk. Saya cuba mempercepatkan langkah saya. Rasa tak sampai sampai. Perut sakit nak ke toilet. Saya perlajukan lagi langkah saya secepat mungkin. Tapi asyik lalu tepi sungai sahaja. Rasa lega bila sampai dan meredah sungai yg terakhir. Tandanya kami hampir sampai. Nampak sahaja jambatan gantung, saya terus menadah tangan rasa bersyukur sampai dengan selamat. Alhamdulillah.Rasanya, sampai sudah masa untuk menggantung kasut. Kata orang lama - demi cinta lautan sanggup di renangi, gunung sanggup di daki....CUBA TENGOK DAKI GUNUNG TAHAN... ada berani..hehehe :DTotal trekking : 64 km, height 2,187m
No comments:
Post a Comment