Tuesday, November 25, 2008

Terkenang...

Hari ni semasa drive pulang ke rumah, hati saya terdetik… bagaimana agaknya hidup saya jika bapak masih ada…. Apakah dan bagaimanakah perasaannya, Tidak tercapai perasaan saya untuk menggambarkannya. Sudah terlalu lama bapak pergi. Jadi saya tidak tahu bagaimana keadaanya. Bagaimana keadaannya hari ini kalau bapak masih ada.


Emak masih tidur dengan lampu terangnya. Emak masih tidur dengan radio terpasang kuat. Emak masih simpan baju lama bapak.


What would I do if I could spend one more day with him?


Saya akan meminta bapak untuk membawa kami pusing satu bandar menaiki motor roda empat kesayangannya. Waktu itu saya masih kecil dan motor tu digunakan untuk mengangkut barang di kedai dan juga mengangkut emak, abang, gina dan saya. Maklumlah waktu tu masa susah. Bapak tak mampu nak beli kereta. Jadi motor tu lah jadi kenderaan rasmi. Seronoknya sebab bila bapak bawa laju.. rasa macam boleh terbang je. Hebat tu. Tapi kena pegang palang tepi kuat-kuat. Nanti tak stabil, especially bila belok. Emak tak lah duduk dalam tong empat segi tu. Emak biasanya bonceng kat belakang bapak.


“No matter what happen in my life… I’m gonna be okay”…Saya mahu bapak mengatakannya kepada saya.



No comments: