Sekumpulan unta bersiap sedia menunggu kami. Umpama supir dan keretanya. Berdegup-degup jantung ni.. padahal nak naik unta je. Nebes sungguh. Unta tu besar dan tinggi. Asyik terpikir, kalau jatuh camna.. kalau unta tu tetiba tak pasal pasal mengamuk cam na tu? Tabahkan hati je la. Katanya sejam lebih naik unta.
Berusaha jugak lah nak naik unta tu. Al maklumlah kaki tak cukup panjang. Bila je kena sepak dua kali oleh supir, terus unta tu bangun. Haa.. masa ni lah .berdegup degup jantung. Takut tercampak ke depan. Boleh tahan tinggi unta ni. Duduk atas bonggol pun tak berapa selesa walaupun dah lapik kain.
Jantung yg Berdegup-degup tu dah reda sikit. Layan je pemandangan di padang pasir. Nak ambik gambar pun tak dapat. Sebab tangan gigil tu. Pas tu nak melayan lenggang lenggok siDia ni. Apa pun kena lah berlakon gagah. Mana taknya pakcik makcik yang dari london tu steady je. Makcik tu dah baya mak saya. Hokey je naik unta. Pakcik tu pulak siap peluk beg troli roda atas utnta. Ko ada?
Sampai hampir gelap dah. Lepas bagitahu kat mana toilet, 'hotel' dan waktu makan, kami pun beredar.
Meluruskan kaki sambil membayangkan kesejukan malam nanti. Tanpa heater atau electric blanket. Hanya selimut tebal yang ada. Bekongsi bilik dgn 2 Spanish lady - sarah dan andrea.
Malam itu kami menikmati Morrocan Tagine. Menu harian di sini. Umpama nasi lemak la. Duduk di khemah besar bersama rakan2 travel yang lain. Berkonsi cerita apa yang patut. Teringat kisah Sarah yang travel ke china secara solo. Ended up with makan daging kucing.. hehe.. erk.
Setelah itu, kami berkumpul di unggun api. Mendengar muzik persembahan dari orang berber. Kesejukan memang menduga. Teh pudina yang dihidangkan umpama tiada makna. Sejuknya sampai terasa nyilu di tulang tulang. Rasa kebas di muka tak yah cakap lah.
Sesekali mendongak ke langit. Melihat bintang-bintang bertaburan tak terkira banyaknya. Terasa kecil dan kerdil. Cuba juga mengambil gambar, tetapi melewati kemampuan camera hp ni. Tak pe lah. Kita simpan dalam b (brain) drive sahaja sebagai memori.
Lewat malam masuk ke dalam khemah. Semua baju yang ada sudah disarung. Tapi sejuk nya tak berkurang juga. Masuk dalam selimut yg berat tu dan paksa untuk tidur.
Malam itu umpama tidur dan tidak. Terjaga kerana kesengsaraan. Hehe. Sejuk beb. Awal pagi masih gelap, terus bangun. Ke bilik air hanya mampu utk berus gigi dan basuh muka. Mandi tak sanggup.
Layan sunrise view
Breakfast roti jem dan air teh pudina. Saya makan saki baki roti corraisant yang tinggal. Kemas lebih kurang dan bersemangat utk pulang. Membawa bau unta sebagai kenangan.
Masa untuk bersama unta telah tiba. Saya memilih unta yg kecil. Tapi entahlah. Di suruh jugak naik unta yang terbesar, dan mendahului barisan. Mungkin unta tu dah tua kot. Dah tak larat. Tu la sebab saya terpilih. Setelah semua sedia di atas unta dan sedia utk berjalan, tetiba unta kat barisan sebelah ni mogok tak nak bangun. Habis di pukul pukul unta tu masih degil. Entah kenapa tetiba unta saya pulak asyik mengibas-gibas kiri dan kanan. Takut tu. Takut tercampak. Cepatla jalan. Nebes ni. Akhirnya supir switch penunggang unta. Baru nak jalan. Huh! Memilih juga unta ni.
Leganya lah bila dari jauh nampak van menunggu kami. Sakit bontot dah ni.
Kami teruskan perjalanan menaiki van yang sama, supir yang sama. Mentabahkan hati melalui jalan yang sama untuk pulang. Singgah di satu kawasan yang mana banyak pembuat filem shooting di sini. Berkeputusan utk tidak masuk. Hanya duduk melepak bersama pakcik makcik dari london tu.
Selamat sampai di riadh lewat petang. Ambil bag dan dobi dan check in semula. Nikmat nya dapat mandi dan merebahkan diri. Malam itu kami ke souk sekali lagi melayan hiruk pikuk night marketnya. Kami makan di gerai yang lain.. a bit of a let down. Kurang ummph.
Mlm itu kami tidur awal kerana flight ke Paris awal pagi. Katanya teksi ke airport mudah. Hanya perlu keluar ke main street.
Bermalam di
sahara, is worth all the effort. Pasti tidak lupa :) Langit yang cerah, tanpa awan.